Jerawat & Jeragat

Jerawat merupakan keluhan utama kaum remaja. Ia lebih disebabkan oleh keaktifan hormon yang menyebabkan pengeluaran minyak sebum yang berlebihan. Ini membuatkan liang atau pori kulit tersumbat dan dijangkiti kuman. Kaum remaja perlulah menjaga kebersihan kulit muka dengan betul dan kadangkala memerlukan rawatan antibiotik untuk kes yang teruk. Jeragat pula merupakan tompok hitam pada muka disebabkan oleh kesan cahaya matahari.
Gamat berupaya membantu dengan kesan anti-inflammasinya untuk menyurutkan bengkak dan menghilangkan radang kulit pada jerawat. Ia turut membantu mempercepatkan pertumbuhan sel kulit yang baharu. Kandungan kollagen yang tinggi juga memberikan kesan awet muda dengan menganjalkan kulit. Bagi jeragat pula, gamat membantu memperbaharui kulit muka yang bertompok tadi seperti sediakala. Kandungan vitamin A, E dan antioksidans membantu ke arah kulit muka yang cantik dan sihat. Penggunaan UV block membantu dari masalah jeragat tadi berulang semula.

Disyorkan :

Pencuci Muka eMas digunakan sekurang-kurangnya sekali sehari

Krim Gamat eMas disapukan ke muka dan parut kering

Gel Gamat eMas disapukan ke bahagian jerawat untuk mencepatkan pemulihan. Digunakan malam sebagai penegang kulit muka

Pati Gamat Plus Vita 1 sudu besar 2 kali sehari untuk kesihatan dalaman
(elok dimakan ½ jam selepas Bioseed)
(Peringatan: Jika anda ada alahan pada perisa Oren, sila gunakan Pati Gamat Plus)

Bioseed 1 paket sehari utk membersihkan badan dan membuang toksik untuk kesihatan dalaman
(Makan ½ jam sebelum makan pagi dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)

C3 Spirulina 1 sudu besar 3 kali sehari membantu membekalkan nutriens yang amat diperlukan oleh kulit yang sedang pulih (1 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)

0 Comments:

Post a Comment