Ini ialah barang kesayangan saya. Setiap kali ada promosi mesti saya suruh hubby dapatkan untuk saya. Ini pun kira dah terlepas banyak juga. Tapi takpe... janji koleksi saya dah semakin banyak. Pasni kalau ada lagi.. pasti saya minta hubby dapatkan lagi.

Semua koleksi kereta Ferrari ini hanya untuk simpanan saya sendiri. Kalau anak-anak nak tengok boleh tapi nak buat mainan diorang tak boleh... huhuhu takut rosak lak. Sebab tu saya belikan kereta hot wheel untuk mereka. Cuma kecil sikit la. Tapi sesuailah dibuat mainan diorang. hihihi

Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi. Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.

Assalamualaikum...

Dah lama saya tak update blog ni... Maklum lah.. mula-mula nak siapkan persiapan raya.. pastu seronok raya... Skang nilah baru leh mengadap sekejap.

Kat sini saya nak share satu produk yang baik untuk semua.


Gamat éMas Sdn. Bhd. (GESB) merupakan syarikat milik bumiputera 100% dengan mendukung impian memartabatkan produk gamat bukan sahaja pada peringkat tempatan, malah menembusi pasaran antarabangsa dan masyhur di mata dunia. Penumpuan terhadap keberkesanan dan kualiti produk yang dihasilkan membuatkan syarikat Gamat éMas turut menjalinkan usahasama dengan SIRIM Bhd untuk mengekalkan piawaian mutu tanpa kesangsian tentang kesan sampingan. Malah R & D yang dijalankan oleh SIRIM Bhd. memantapkan lagi keunggulan produk Gamat éMas berbanding dengan produk lain di pasaran.

Senarai Penyakit:

1 Alahan Kulit
2 Anemia / Kekurangan Darah
3 Angin Ahmar (Stroke)
4 Athma / Lelah
5 Beguk AdminGESB
6 Buasir AdminGESB
7 Batuk Berpanjangan
8 Bengkak / Bisul
9 Bengkak Kalenjar Prostat
10 Bedah dan Luka
11 Bersalin
12 Berkhatan
13 Batu Karang Buah Pinggang
14 Batu Karang Hempedu
15 Brochiolitis / Lelah Kanak-kanak
16 Campak / Cacar Air
17 Darah Tinggi
18 Darah Rendah
19 Darah Gemuruh / Debar
20 Degil / Hyperaktif
21 Endometriosis
22 Fibroid
23 Gemuk
24 Gastrik
25 G6PD
26 Gusi / Gigi
27 Gout
28 Hati
29 Haid
30 Jantung
31 Jantung Berlubang
32 Jerawat & Jeragat
33 Kayap
34 Kencing Kotor
35 Kurap / Panau
36 Kulit Kering / Bersisik
37 Kesuburan / Mandul
38 Keguguran Rambut / Botak
39 Kelemumur
40 Keputihan
41 Kejang Otot
42 Ketumbuhan / Kanser
43 Kembung
44 Kencing Manis
45 Lembab
46 Lemah & Letih
47 Mati Pucuk
48 Migraine / Sakit Kepala
49 Mulut (Ulser)
50 Parkinson
51 Pening / Vertigo
52 Pinggang (sakit)
53 Parut
54 Psoriasis
55 Rabun Mata
56 Radang Pundi Kencing
57 Resdung
58 Ruam
59 Sembelit
60 Senggugut
61 Sendi / Tulang / Urat
62 Selera
63 Selulit
64 Selsema
65 Tekak / Tonsilitis
66 Telinga Bernanah
67 Telinga Berbunyi (Tinnitus)
68 Thallasemia
69 Thrombophlebitis
70 Tyroid
71 Tumit
72 Vitiligo

Anda ada masalah salah satu daripada senarai penyakit di atas... ingin merawatnya? Anda boleh kenal pasti dulu jenis penyakit dan cara rawatannya. Mencegah lebih baik dari mengubati.. Kita hanya berusaha selebihnya kuasa Allah S.W.T.

APA ITU GAMAT? Gamat atau Timun laut merupakan sejenis haiwan invertebrata (tanpa tulang belakang) laut yang meraih populariti dewasa ini disebabkan khasiat dan nilai terapeutiknya yang mengkagumkan. Malah, kuasa penyembuhannya telah diagungkan dan dimanfaatkan oleh nenek moyang kita sejak lebih 300 tahun dahulu. Tergolong di dalam filum Ekinodermata, spesis timun laut yang didapati berkesan dari segi nilai perubatannya adalah daripada genus sticophus atau lebih dikenali sebagai gamat. Nama lainnya mengikut panggilan setempat termasuklah balat, bat, brunok, trepang atau hoi-sum. Hampir.42 spesis timun laut telah dikenalpasti di perairan Malavsia sementara lebih dari 2,000 spesis wujud di serata dunia.

Umumnya haiwan ini berbentuk silinder, leper pada bahagian dorso-ventral dan mempunyai bukaan di bahagian anterior dan poterior. Pembiakan boleh secara seksual atau aseksual. lanya adalah haiwan detritus iaitu makan secara menyapu pasir ke dalam mulut. Pergerakan haiwan yang lambat menyebabkan ianya perlu mempunyai mekanisme pertahanan tubuh yang efisyen iaitu mengeluarkan holothurin yang toksik dan dapat melumpuhkan haiwan kecil. Holothurin dikeluarkan oleh kelenjar khusus yang dikenali sebagai kuvier. Sebatian ini telah dicamkan seawal tahun dua puluhan dan hanya diberi penekanan yang intensif pada tahun 1950an. Saponin adalah holothurin yang utama yang dipercayai berkesan dalam penyembuhan luka, rawatan selepas bersalin dan sebagai antifungus.

Kajian timun laut tempatan hanya bermula pada awal 1980an di Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Sabah. Kemudian muncul beberapa kumpulan . penyelidik lain misalnya dari Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia. Kumpulan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia sehingga kini begitu tekun menjalankan ujikaji untuk mengenalpasti bahan-bahan bioaktif didalam gamat untuk mengesahkan keberkesanannya. Kumpulan yarg terdiri lebih daripada 20 orang ahli akademik ini diterajui oleh Prof. Dr. Ridzwan Hashim.

Analisa ke atas tubuh dan cecair selom gamat mendapati yang ianya tinggi dengan kandungan protein yang melebihi 44%, manakala karbohidrat antara 3-5% dan lemak sebanyak 1.5%. Komponen komponennya termasuklah asid amino esential, kolagen, vitamin E, zat-zat galian seperti kromium, ferum, kadmium, mangan, nikel, kabalt dan zink. Kandungan asid lemak mustahak seperti EPA (asid omega eikosapentaenoik) dan DHA (asid omega dekosaheksaenoik) turut memainkan peranan penting sebagai agen penyembuh luka dan antithrombotik iaitu berupaya mengurangkan kejadian pembekuan darah di dalam saluran darah. Ini dapat mengurangkan risiko penyakit strok dan sakit jantung. Kedua-dua asid ini dipercayai juga membantu memperlahankan proses degenerasi sel di samping melambatkan proses penuaan. Bahan bioaktif di dalam gamat turut berkesan sebagai. antioksidan yang membantu mengurangkan kerosakan sel dan tisu tubuh. la juga penting uniuk menjamin kesuburan badan. Kesan anti-bakteria dan anti-fungus meningkatkan kemampuannya untuk tujuan rawatan kulit. Gamat juga didapati mempunyai kesan antinosiseptif (penahan sakit) dan anti-inflamasi (lawan radang dan surut bengkak). Kajian pemerhatian terhadap penduduk di Kudat, Semporna, Setiu, Kuantan, Pekan dan Pulau Pangkor menguatkan lagi bukti keberkesanan gamat sebagai agen anti-hipertensi (mengurangkan tekanan darah tinggi). Sementara kajian-kajian lain turut menunjukkan kesan positif gamat terhadap sistem kardiovaskular dan kontraktiliti otot jantung. Sejak kebelakangan ini pula, kajian-kajian di luar negara turut menyerlahkan potensi gamat sebagai anti-tumor dan memberi kesan positif terhadap penyakit AIDS.

Secara tradisional pula, gamat dipercayai berkesan untuk meningkatkan kesihatan badan, mempercepatkan penyembuhan luka luaran dan dalaman, mengurangkan rasa sakit sendi, badan dan lengoh otot, menghindari masalah alahan dan lelah, melawan radang dan meredakan bengkak, melancarkan pengaliran darah, memulihkan sistem peranakan selepas bersalin, mencantikkan kulit dan awet muda, meningkatkan metabolisma dan membantu masalah keletihan, menghindari sembelit dan masalah buasir, menguatkan tenaga batin, mengurangkan tekanan darah tinggi dan mengawal kencing manis. Menyedari hakikat gamat memiliki khasiat keberkesanan yang tinggi sehingga boleh menandingi akar ginseng, kami di GESB memformulasikan produk-produk gamat di bawah pengawasan pakar bagi kegunaan harian dan kesihatan dengan jenama eMAS khusus untuk anda!

Kesan Pemulihan

KESAN PEMULIHAN (TINDAKBALAS) Anda baru mula mengamalkan pemakanan tambahan bagi menjaga kesihatan atau merawat penyakit yang anda alami. Walaubagaimanapun pada peringkat permulaan, anda merasakan letih atau mengalami ruam seluruh badan. Anda pasti berfikiran, "Keadaan saya semakin teruk..... Apa dah jadi?" Oleh itu ada baiknya jika anda mengetahui dan memahami perkara dan perubahan yang mungkin berlaku apabila anda memulakan pengambilan pemakanan kesihatan.

Menurut 'Hering's Law of Cure', semua proses penyembuhan bermula dari dalam ke luar, dari kepala ke badan yakni pada keadaan bertentangan sepertimana sesuatu penyakit itu menampakkan tanda-tandanya. Antara tanda yang mungkin dialami pada peringkat permulaan termasuklah :

sakit atau pening kepala

ruam kulit

bisul atau kudis

sembelit

cirit birit

perut berangin

letih atau kepenatan

berdebar

cepat marah

selsema atau batuk (kahak yang banyak)

demam

ataupun mengalami gejala penyakit yang sedia ada menjadi semakin ketara.
Sebenarnya tanda-tanda tersebut adalah perubahan yang di alami oleh badan di dalam proses penyembuhan yang di kenali sebagai krisis pemulihan ataupun kesan tindakbalas. Ia lebih merupakan satu proses di mana segala kekotoran dan toksid dari usus dan organ penting dikeluarkan dari badan. Sebenarnya, bahan toksid yang terhasil dari tindakbalas kimia dan metabolisme badan berkumpul di bahagian tisu konektif yang wujud di serata badan. Tisu konektif merupakan seolah gam yang mengukuhkan sel-sel di dalam badan. Kebanyakan manusia dilahirkan dengan bahagian atau organ yang lemah dan mempunyai tahap pertahanan yang rendah. Di sinilah merupakan sasaran yang pertama bagi bahan toksid tadi berkumpul. Ini juga menjelaskan mengapa sesetengah orang mengalami simptom yang ketara di bahagian yang lemah tersebut (samada di bahagian dada, usus, perut ataupun di bahagian otot dan sendi) yang mengandungi kebanyakan dari toksid yang terkumpul. Dan kesan pemulihan juga semakin ketara apabila bahan bahan toksid yang dibebaskan itu mengalir secara rawak di dalam tubuh badan manusia.

Simptom kesan pemulihan ini selalunya muncul sebaik selepas mengamalkan permakanan kesihatan yang membantu mengeluarkan toksid daripada badan. Ia akan bertahan selalunya selama 3 ke 4 hari. Walaubagaimanapun bagi badan yang mempunyai tahap toksid yang serius, kesan pemulihan ini mungkin berlaku berulang-ulang sehinggalah kesemua toksid dibersihkan dari badan. Proses ini amatlah diperlukan oleh badan untuk mengelak dari penyakit degeneratif yang mungkin akan di idapi di masa akan datang.

Apabila berlakunya simptom-simptom dari kesan pemulihan, janganlah sesekali mengambil ubat untuk meringankannya kerana ini bakal akan mengganggu proses pemulihan. Ubat-ubatan hanya akan membuat badan kita merasakan lega sementara tetapi ini juga akan membuatkan toksid tadi mendap kembali di bahagian tisu konektif. Dan yang paling penting, janganlah memberhentikan pengambilan pemakanan kesihatan tersebut. Untuk membantu anda mengatasi simptom-simptom kesan pemulihan adalah dinasihatkan agar :

Mendapat rehat yang mencukupi. Badan kita berada dalam keadaan tertekan di kala pembersihan toksid maka rehat yang mencukupi adalah amat penting untuk membantu badan mengeluarkan toksid tersebut.


Minum air dengan banyak. Ini kerana air merupakan bendalir yang akan membawa toksid-toksid keluar dari badan melalui perpeluhan, air kencing atau pun najis.


Elakkan makanan yang mempunyai protein dan lemak yang tinggi. Ini kerana ketika proses pembersihan toksid, ianya memerlukan paras tenaga badan yang optima. Protein dan lemak pula memerlukan tenaga yang lebih bagi menghadamkannya dan secara tidak langsung akan mengganggu keperluan tenaga yang digunakan untuk pengeluaran toksid.


Makan makanan yang segar, berzat dan mudah hadam. Ini membantu badan bagi keperluan terhadap nutrisi untuk membantu memproses bahan toksid dan mengeluarkannya.


Lebihkan juga memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mempunyai nutriens yang amat di perlukan badan.


Elakkan dari memakan makanan yang mempunyai bahan kimia spt bahan pengawet, pewarna dan perisa tiruan.


Kekalkan kebersihan kulit yang sempurna. Ini akan memudahkan toksid keluar dari liang perpeluhan.


Berus kulit badan dengan berus badan yang lembut. Ini sebenarnya merangsang sistem limfatik dan pengaliran darah di bahagian kulit.


Mandi dengan air suam. Ini menggalakkan pembukaan pori-pori kulit bagi mengeluarkan toksid yang perlu di bebaskan.
Sebagai kesimpulan, bolehlah kita rumuskan bahawa krisis pemulihan sebenarnya merupakan suatu fenomena yang berfaedah kepada badan kerana ianya merupakan petanda pembersihan badan dari toksid yang terkumpul. Jangan sesekali menghentikan pemakanan tambahan yang di ambil atau mengambil ubat-ubatan kimia bagi meringankan kesan tindakbalas ini. Badan yang bersih dari toksid akan berfungsi dengan lebih optima dan seterusnya akan menjurus kepada keadaan kesihatan yang kita impikan.

Alahan Kulit

Alahan merupakan tindakbalas hipersensitiviti badan yang boleh mengakibatkan kesan pada kulit (ruam)/eczema, hidung (resdung)/allergic rhinitis, mata (gatal mata)/allergic conjunctivitis dan tekak (gatal tekak)/allergic pharyngitis. Faktor penyebab berkemungkinan faktor dalaman seperti perubahan suhu dan makanan (protein terutamanya dari makanan laut dan bahan kimia spt bahan perasa, pengawet dan pewarna tiruan). Atau faktor luaran seperti asap, habuk, sabun dll. Faktor di atas perlulah dielakkan.

Gamat mengandungi bahan yang bertindak seperti anti histamina yang boleh mengurangkan gatal. Ia juga boleh mengurangkan radang dan masalah hipersensitiviti pada kulit di samping kaya dengan kollagen, vitamin E dan pelembap, gamat membantu melegakan ruam dan menpercepatkan penumbuhan tisu kulit yang baru.

Bioseed mengelakkan masalah peracunan diri dan pengeluaran toksin melalui kulit sementara C3 spirulina menyempurnakan zat-zat yg diperlukan oleh sel kulit.

Disyorkan :

Pati Gamat Plus/Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
(Elok dimakan 1/2 jam selepas Bioseed)


Bioseed 1 paket 2 kali sehari
(Makan 1/2 jam sebelum makan pagi dan malam dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)


Krim Gamat eMas disapu pada ruam kulit


Buih Mandian eMas untuk cucian badan/mandian

C3 Spirulina 1 sudu besar 3 kali sehari
(1 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)

Anemia / Kekurangan Darah

Anemia adalah sejenis keadaan di mana badan kita kekurangan sel darah merah. Ini jangan dikelirukan dengan tekanan darah rendah atau hipotensi. Kebiasaannya di klinik keadaan ini akan diukur dengan melihat kandungan Hb (hemoglobin) untuk menentukan tahap kandungan darah seseorang. Antara tanda seorang itu mengidap anemia ialah pucat (lihat di bawah kelopak mata), keletihan, kurang selera makan, sakit kepala, jantung berdebar dan sesak nafas. Kebiasaannya anemia di sebabkan oleh pendarahan spt ulser perut, buasir, haid yang terlalu banyak dan panjang tempohnya dan kecederaan. Manakala sebab yang lain ialah kekurangan zat pemakanan (terutamanya orang berumur yang memakan makanan tidak seimbang dan masalah parasit/cacing dalam usus), sakit buah pinggang kronik, kanser, sakit hati, masalah thyroid dan sebab-sebab yang jarang berlaku spt kegagalan sum sum tulang, thalasemia, sideroblastic anemia dll.

Pemeriksaan lengkap oleh doktor perlulah dilakukan untuk mengenalpasti punca anemia itu sebenarnya dan untuk mendapat rawatan. Dari sudut alternatif juga perlu melihat punca anemia yang mana spt ulser atau buasir boleh lah di syorkan rawatan yang berkenaan (rujuk topik berkenaan). Manakala secara amnya bolehlah di syorkan pemakanan kesihatan yang mengandungi kandungan zat besi, asid folik dan vitamin B12 untuk membantu pembinaan sel darah merah. C3 spirulina dapat membantu memandangkan ia kaya dengan nutrien yang diperlukan untuk pembinaan sel darah merah disamping klorofil yang turut mempunyai struktur molekul menyamai hemoglobin. Gamat juga menguatkan lagi pembinaan darah di sebabkan oleh potensi faktor penumbuhan sel dan kandungan nutriennya. Kesan gamat melancarkan pengaliran darah boleh membantu mengatasi simtom anemia.

Disyorkan :

C3 Spirulina 1 hingga 2 sudu besar 2 kali sehari
(1 atau 2 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)


Pati Gamat Plus Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
(Peringatan: Jika anda ada alahan pada perisa Oren, sila gunakan Pati Gamat Plus)
(Elok dimakan 1/2 jam selepas Bioseed)


Bioseed dan Bio-H bergantung kepada keperluan
(Bioseed - Makan 1/2 jam sebelum makan dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik) (Bio-H - makan sebelum tidur dalam keadaan perut kosong (tidak makan selama 2 jam) - (Boleh dibancuh dengan air biasa iaitu air mineral suhu bilik atau air soya sejuk)

Angin Ahmar (Stroke)

Penyakit ini merupakan penyakit yang dapat melumpuhkan separuh badan (hemiplegia/hemiparesis). Ia sering disebabkan oleh penyumbatan salurdarah di otak disebabkan proses artherosclerosis (pengumpulan lemak dan bahan asing yang menyumbat salurdarah) atau embolus (darah beku). Ia juga boleh disebabkan oleh pendarahan dalam otak (cerebral hemorrhage) yang kerap disebabkan oleh tekanan darah yang terlalu tinggi.

Pesakit stroke perlulah mendapat pemeriksaan dan rawatan dari doktor. Ubat dan rawatan fisioterapi jangan ditinggalkan. Galakkan pergerakan pada bahagian yang lumpuh. Ini untuk mengelakkan dari pengecutan otot yg menjadi kecil jika lama tidak digunakan (muscular atrophy). Urutan juga dapat membantu.

Gamat memberi kesan vasodilatasi iaitu mengembangkan salurdarah dan melancarkan pengaliran darah. Di samping nutrien dan vitamin, gamat membantu meningkatkan metabolisme badan yang dapat membantu memulihkan tenaga dan memberi selera kepada pesakit. Ia turut membantu mempercepatkan penyembuhan luka dan menurut hipotesis ia mempunyai kesan ‘nerve growth factor’ iaitu membantu memulihkan penumbuhan tisu saraf yang rosak. Ia juga mempunyai kesan mencairkan darah (kesan antithrombotik) untuk mengelakkan darah beku yang boleh menyumbatkan salurdarah. Manakala HGH pula turut merangsang pemulihan tisu di samping meningkatkan aliran darah dan metabolisme yg diperlukan bagi penyembuhan. C3 spirulina yg mengandungi kandungan nutrien yg menyeluruh melengkapkan keperluan nutrisi bagi pesakit stroke yg kebiasaan tidak dapat makan dengan sempurna. Zat ini penting menjadi bahanbina untuk memulihkan kerosakan tisu saraf dan otak.

Disyorkan :

Pati Gamat Plus/Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
(Elok dimakan 1/2 jam selepas Bioseed)

Bioseed 1 paket 2 kali sehari
(Makan 1/2 jam sebelum makan pagi dan malam dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)

Bio-B 1 paket 2 kali sehari
(Dibancuh dengan air masak seperti membuat air Milo. Boleh juga dicampur dengan air Milo atau apa sahaja minuman lain yang bersesuaian)

Bio-H 2 paket makan sebelum tidur dalam keadaan perut kosong (tidak makan selama 2 jam)
(Boleh dibancuh dengan air biasa iaitu air mineral suhu bilik atau air soya sejuk)

C3 Spirulina 1 sudu besar 2 kali sehari
(1 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)

Minyak Linimen eMas - boleh digunakan pada bahagian yang sengal

Krim Gamat eMas - boleh disapu kepada bahagian tubuh yang merah disebabkan oleh tekanan seperti di punggung dan belakang badan

Losyen eMas - boleh membantu supaya kulit tidak kekeringan dan mudah pecah

Athma / Lelah

Lelah merupakan tindakbalas hypersensitiviti badan yang mengakibatkan proses bronkokonstriksi (saluran pernafasan / paru-paru mengecut) dan proses inflammasi menyebabkan seseorang itu mengalami sesak nafas, nafas berbunyi, batuk terutama waktu malam dan awal pagi yang bertubi-tubi dan kahak yang sukar dikeluarkan. Faktor rangsangan perlulah dielakkan seperti emosi yang terganggu, senaman yang berlebihan, jangkitan demam selsema, ubat-ubatan seperti aspirin dan juga allergens seperti habuk, bauan yang tengit, asap, ais / makanan sejuk, buahan seperti tembikai dll.

Gamat membantu melegakan lelah dengan mengurangkan tindakbalas hipersensitiviti dan mengurangkan radang atau inflammasi. Kahak akan lebih mudah dikeluarkan. Kajian turut menunjukkan gamat dapat meredakan lelah pada kanak-kanak ataupun bronchiolitis. Gatal tekak juga dapat diatasi. Menurut kajian, kafein juga membantu untuk mencegah serangan lelah sebanyak 25%.

Disyorkan :

Pati Gamat Plus / Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
(Elok dimakan 1/2 jam selepas Bioseed)


Bioseed 1 paket 2 kali sehari (boleh dikurangkan ke satu paket sehari)
(Makan 1/2 jam sebelum makan pagi dan malam dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)

G-Cafe Ubi Jaga Light / Extra Power / Pegaga 2 cawan sehari

Krim Urut eMas diurut pada bahagian dada dan leher

Bio-H 2 paket makan sebelum tidur dalam keadaan perut kosong (tidak makan selama 2 jam)
(Boleh dibancuh dengan air biasa iaitu air mineral suhu bilik atau air soya sejuk)

Beguk

Beguk atau mumps adalah penyakit yang melibatkan jangkitan virus pada kelenjar air liur. Ianya jarang berlaku kerana generasi kini telah di suntik pelalian MMR ketika bayi lagi. Selalunya beguk akan di dahului dengan keletihan badan dan sakit sendi yang seterusnya bengkak di bahagian kelenjar air liur (parotid) di bawah telinga dan bucu rahang. Untuk lelaki dewasa kadangkala boleh menyebabkan komplikasi jangkitan pada testis (orchitis) dan ini menyebabkan kesakitan dan boleh menyebabkan kemandulan.

Seperti penyakit-penyakit yang di sebabkan oleh virus yang lain, jika tahap immuniti badan di tingkatkan dengan mengamalkan pemakanan kesihatan, insyaAllah penyakit tersebut boleh di elakkan. Bagi mereka yang sedang menghidapi beguk pula, gamat ada kesan penahan sakit dan melegakan radang yang boleh mengurangkan kesakitan pesakit beguk.

Disyorkan :

Pati Gamat Plus / Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
(Elok dimakan 1/2 jam selepas Bioseed - jika ada mengambil produk Bioseed)

Gel Gamat di sapukan untuk menyejukkan beguk dan menyurutkan bengkak apabila perlu

Buasir

Buasir atau hemorrhoids merupakan keluhan mereka yang kerap sembelit. Lain-lain faktor yang boleh menyebabkan buasir ialah keadaan meneran (mereka yang sering mengangkat berat dan menjerit), pekerjaan yang duduk lama di atas kerusi keras (pemandu lori, pemacu kuda), mengandung dll. Buasir adalah sebenarnya kusyen tisu jaringan salurdarah yang mengembang di bahagian dubur. Tanda buasir dalaman ialah selepas membuang najis, ia diikuti dengan titisan darah merah sementara tanda buasir luaran ialah bengkak di bahagian dubur yang kadangkalanya menyakitkan. Pesakit buasir hendaklah mengelakkan dari sembelit (minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari dan makan banyak serat spt sayuran dan buahan). Makanan yang pedas dan berempah juga eloklah dielakkan. Perbuatan yang menjurus kepada meneran hendaklah dihindarkan.

Pemeriksaan doktor hendaklah dilakukan untuk memastikan tiada sebab lain seperti tumor pelvik, lemah jantung ataupun portal hipertensi yang menjadi punca buasir. Gamat boleh membantu melancar pengaliran darah di jaringan hemorrhoid tersebut. Ia turut membantu menghindari radang dan mempercepatkan penyembuhan luka. Kesan antinosiseptif oleh gamat boleh mengurangkan rasa sakit dan tidak selesa pada buasir luaran. Kesan lawas juga boleh mengelakkan sembelit.

Spirulina pula didapati mampu melawaskan dan melegakan sembelit di samping membekalkan nutriens yang perlu untuk membantu mengatasi buasir.

G-café mengandungi kafein yang boleh merangsang pergerakan peristaltik usus dan ini membantu melawaskan sembelit. Ubi jaga juga turut merangsang pengaliran darah yang boleh mengelakkan dari darah terkumpul di bahagian buasir dan mengecutkannya.

Disyorkan :

Pati Gamat Plus / Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
(Elok dimakan 1/2 jam selepas Bioseed)

Bioseed 1 paket pagi dan petang (perlu minum air banyak)
(Makan 1/2 jam sebelum makan pagi dan malam dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)

C3 Spirulina 1 sudu besar 3 kali sehari
(1 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)

G-Cafe Ubi Jaga Light / Extra Power / Pegaga 2 cawan sehari

Gel Gamat eMas disapukan pada buasir luaran

Batuk Berpanjangan

Batuk yang sukar untuk hilang, jika tiada demam, boleh dikategorikan dalam kes batuk hipersensitif (lihat asthma). Batuk ini kerap berlaku waktu malam dan awal subuh disertai dengan pengeluaran kahak yang banyak. Kerongkong akan kerap merasa gatal dan perit. Jika disertai demam, eloklah menjalani pemeriksaan doktor dan X-ray. Dinasihatkan juga untuk minum air suam yang banyak. Ais, makanan sejuk dan buahan dielakkan sementara. Perbuatan merokok juga mesti dihentikan. Kesan alahan disebabkan pekerjaan contohnya cikgu yang sentiasa terhidu habuk kapur tulis, pekerja konkrit yang terdedah kepada habuk simen juga mesti diberi perhatian.

Gamat membantu melegakan rasa gatal dan radang pada tekak dan saluran pernafasan. Ia juga boleh membantu keadaan alahan dan lelah. C3 Spirulina juga memiliki kesan seolah anti histamina yang membantu menghindari masalah gatal-gatal tekak dan melegakan batuk.

Disyorkan :

Pati Gamat Plus / Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
(Elok dimakan 1/2 jam selepas Bioseed)

Bioseed juga dapat membantu
(Makan 1/2 jam sebelum makan dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)

C3 Spirulina 1 sudu besar 3 kali sehari
(1 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)

Bengkak / Bisul

Bengkak tisu boleh disebabkan oleh kesan gigitan serangga, kesan trauma seperti terseliuh dll. Sementara bisul pula disebabkan oleh jangkitan kuman. Gamat mempunyai kesan anti inflammasi yang boleh mengurangkan radang bengkak tersebut. Sementara kesan anti histamina turut melegakan kesan gigitan serangga. Kesan anti nosiseptif boleh meredakan sakit. Gamat juga diketahui memiliki sedikit kesan antibiotik yang boleh membantu menyembuhkan bisul.

Kandungan C3 Spirulina memantapkan lagi keupayaan tubuh untuk melawan kesan inflammasi yang menyebabkan bengkak dan membaik pulih tisu yang bermasalah.

Disyorkan :

Pati Gamat Plus / Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
(Elok dimakan 1/2 jam selepas Bioseed - jika ada mengambil produk Bioseed)

C3 Spirulina 1 sudu besar 3 kali sehari
(1 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)

Gel Gamat eMas disapukan ke kawasan yang bengkak

Krim Gamat eMas juga boleh disapukan, terutamanya jika kulit kering

Linimen digunakan ke bahagian yang terseliuh / sakit sendi dan urat

Krim Urut eMas juga boleh diurutkan ke otot yang bengkak / sakit

Bengkak Kelenjar Prostat

Pembengkakan kelenjar prostat melibatkan 75% dari lelaki yang berumur. Tandanya ialah kencing malam, kederasan aliran air kencing yang menurun, susah untuk memulakan pembuangan air kecil dan menitis selepas kencing. Rawatan moden terdiri dari ubatan tetapi secara definitif ia di sembuhkan dengan pembedahan TURP (transurethral prostatectomy) yang mengikis buang bengkak prostat itu. Perlu diberi perhatian supaya menjalani pemeriksaan lengkap oleh doktor terlebih dahulu untuk mengenalpasti jenis bengkak supaya dapat mengesan masalah kanser prostat yang juga mengancam kaum lelaki yang berusia 55 tahun ke atas.

Gamat mempunyai kesan anti radang dan menyurutkan bengkak mampu membantu pada peringkat awal bengkak kelenjar prostat. Bagi pencegahan dari masalah kanser prostat pula proses pencucian usus menghindari pengumpulan toksin yang boleh mengakibatkan barah sementara C3 Spirulina pula mencegah kanser yang disebabkan oleh kemusnahan DNA di dalam sel badan manusia.

Disyorkan :

Pati Gamat Plus / Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
(Elok dimakan 1/2 jam selepas Bioseed)

Bioseed 1 paket 2 kali sehari sebelum makan
(Makan 1/2 jam sebelum makan pagi dan malam dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)

C3 Spirulina 1 sudu besar 3 kali sehari
(1 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)

Bedah dan Luka

Individu menjalani pembedahan di atas beberapa sebab seperti appendicitis, berkhatan, kecederaan selepas kemalangan jalan raya dll. Gamat berkesan membantu menyembuhkan luka dengan cepat. Ia turut menolong menghentikan pendarahan. Di samping itu ia dapat mengurangkan sakit dan radang pada kesan pembedahan dan luka. Gamat juga dapat melawaskan pergerakan najis terutamanya kepada yang menjalani pembedahan perut / abdomen yang sering akan sukar ke tandas. Gamat tinggi dengan kandungan kollagen dan dapat melembutkan parut supaya parut pembedahan dan luka tidak begitu ketara.

HGH juga menyumbang kepada penyembuhan luka yang lebih cepat dengan meningkat keberkesanan pemulihan sel dan pembentukan sel baru. Sementara C3 Spirulina pula mengandungi nutriens yang diperlukan badan untuk menjadi seperti batu bata bagi membina sel yang sihat.

Disyorkan :

Pati Gamat Plus / Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
(Elok dimakan 1/2 jam selepas Bioseed)

Bio-H 2 paket makan sebelum tidur dalam keadaan perut kosong (tidak makan selama 2 jam)
(Boleh dibancuh dengan air biasa iaitu air mineral suhu bilik atau air soya sejuk)

C3 Spirulina di ambil 3 kali sehari sebanyak 1 sudu besar
(1 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)

Bioseed 1 paket 2 kali sehari (optional)
(Makan 1/2 jam sebelum makan pagi dan malam dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)

Gel Gamat eMas disapu ke kesan luka yang masih basah

Krim Gamat eMas disapu ke parut baru yang kering

Buih Mandian eMas juga boleh digunakan untuk mencuci luka

Linimen boleh disemburkan ke luka untuk mengeringkan luka dan menyurutkan bengkak dengan segera
(awas - ia mendatangkan kesakitan selama 10 minit)

Bersalin

Selepas bersalin, mengamalkan gamat banyak faedahnya. Gamat membantu menyembuhkan luka, mengurangkan sakit dan radang, menghentikan pendarahan, mengecutkan rahim dan memberi tenaga dan zat pemakanan kepada ibu yang melahirkan.

Plantago ovata membantu memberikan serat yang diperlukan untuk mengelakkan sembelit yang begitu nyata terjadi selepas bersalin. C3 Spirulina juga membantu memberi nutriens yang sangat-sangat di perlukan untuk memulihkan kelemahan badan. Ianya merupakan pemakanan yang lengkap untuk memberi tenaga di samping membantu menghasilkan air susu yang berzat. Klorofil juga amat sesuai untuk membantu menghasilkan sel darah merah supaya mengatasi masalah kekurangan darah para ibu.

Disyorkan :

Pati Gamat Plus / Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
(Elok dimakan 1/2 jam selepas Bioseed)

Bioseed 1 paket 2 kali sehari (melawas dan melangsingkan badan)
(Makan 1/2 jam sebelum makan pagi dan malam dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)

C3 Spirulina 1 sudu besar 3 kali sehari
(1 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)

Gel Gamat eMas disapu pada tempat yang luka

Losyen eMas dipakai pada kulit badan yang kering

Krim Gamat eMas disapu pada perut untuk menghilangkan kesan kedut selepas bersalin

Krim Urut eMas boleh digunakan untuk mengurut

Gel Mandian eMas digunakan untuk mencuci bahagian luka dan seluruh badan

Berkhatan

Gamat berfaedah bagi kanak-kanak lelaki yang berkhatan. Ia membantu menyembuhkan luka, mengurangkan sakit dan menghentikan pendarahan. C3 Spirulina pula membekalkan nutriens bagi penyembuhan luka.

Disyorkan :

Pati Gamat Plus / Vita 1 sudu besar 2 kali sehari (mula amalkan sebelum berkhatan)
(Peringatan: Jika anda ada alahan pada perisa Oren, sila gunakan Pati Gamat Plus)

C3 Spirulina 1 sudu besar 3 kali sehari
(1 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)

Gel Gamat eMas disapukan pada luka berkhatan

Batu Karang Buah Pinggang

Batu karang di buah pinggang kerap berlaku ke atas pesakit gout, kekurangan vitamin A, mereka yang sering mendapat jangkitan kuman pada saluran air kencing, masalah metabolik seperti cystinuria (faktor kekeluargaan), obtruksi pada saluran kencing dll.

Tandanya ialah sakit (yang teramat) pada bahagian tepi pinggang (samada kiri atau kanan) yang akan menjalar di perut pada bahagian yang sama dan turun ke arah kawasan ari-ari. Ini disertai dengan perasaan kerap ingin membuang air kecil, air kencing berdarah dan rasa hendak buang air besar tapi tidak mengeluarkan najis.

Keadaan ini perlulah mendapat nasihat dan pemeriksaan doktor. Dinasihatkan juga untuk mengamalkan meminum air yang cukup iaitu 8 gelas sehari. Gamat boleh mengurangkan sakit, meredakan inflammasi dan melawaskan air kencing. Bioseed membantu mengeluarkan batu karang yang selama ini tidak memberikan sebarang simptom. Ubi jaga juga didapati mempunyai kesan untuk mengeluarkan batu karang dari buah pinggang.

Disyorkan :

Pati Gamat Plus / Vita (vitamin A) 1 sudu besar 2 kali sehari
(Elok dimakan 1/2 jam selepas Bioseed)

Bioseed 1 paket sehari untuk menjaga kesihatan
(Makan 1/2 jam sebelum makan pagi dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)

G-Cafe Ubi Jaga Light / Extra Power / Pegaga 2-3 cawan sehari

Batu Karang Hempedu

Cholelithiasis atau batu karang dalam pundi hempedu kerap terjadi kepada wanita yang gemuk dan berumur lebih dari 40 tahun. Faktor diabetes, masalah thyroid (hypothyroidism), jangkitan parasit juga memainkan peranan. Tanda nya ialah sakit pada bahagian kanan perut bersebelahan dengan ulu hati disertai dengan rasa kembung, loya dan muntah. Perut jika ditekan akan berasa amat sakit di bahagian yang tersebut dan kadangkala sakit akan terasa juga di bahagian kanan bahu. Tanda ini selalu berlaku beberapa jam selepas memakan makanan yang berlemak.

Anda dinasihat mendapat rawatan doktor kerana jika ianya dibiarkan, dapat menyebabkan kerosakan pada hati dan pankreas, disertai dengan demam kuning. Pembedahan membuang pundi hempedu adalah disyorkan untuk mengelakkan komplikasi di atas.

Gamat dapat membantu mengurangkan sakit dan radang. Ia juga membantu menyembuhkan luka selepas pembedahan. Terdapat juga dalam kes yang tertentu, didapati kombinasi Bioseed dan Pati Gamat mampu memecah / menghilangkan batu karang hempedu.

Disyorkan :

Pati Gamat Plus / Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
(Elok dimakan 1/2 jam selepas Bioseed)

Bioseed 1 paket 2 kali sehari
(Makan 1/2 jam sebelum makan pagi dan malam dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)

G-Cafe Ubi Jaga Light / Extra Power / Pegaga 2-3 cawan sehari (mampu mengelakkan pembentukan batu karang sebanyak 45%)

Gel Gamat eMas disapu pada luka pembedahan

Brochiolitis / Lelah Kanak-Kanak

Lelah kanak-kanak sering datang dalam bentuk batuk yang berpanjangan, terutamanya waktu malam, batuk yang bertubi-tubi dan selalunya selepas batuk akan memuntahkan lendir, batuk yang berkahak, wheezing (bunyi ketika bernafas) dan bersekali dengan selsema. Kanak-kanak ini sebenarnya menghidapi masalah hipersensitiviti pada paru-parunya dan selalunya simptom ini akan berkurangan dan hilang apabila akil baligh. Jika berterusan maka kanak-kanak ini akan menghidapi asthma sehingga dewasa. Bayi yang mempunyai keturunan yang menghidapi asthma, bayi yang kurang bulan, bayi yang berat badannya kurang dari 2.8kg ketika dilahirkan dan bayi yang pernah menghidapi penyakit bronchopneumonia (radang paru-paru) mempunyai kadar yang tinggi untuk menghidapi bronchiolitis. Mereka mudah dijangkiti batuk selsema.

Ubat batuk biasa tidak berkesan melainkan ubat yang mengandungi unsur bronchodilatasi (ubat untuk lelah) dapat meredakan batuk tersebut. Batuk ini akan lebih hebat dan mungkin menyebabkan sesak nafas jika mereka terdedah kepada jangkitan kuman (upper respiratory tract infection), terlalu lasak pada siangnya, allergen seperti ais, minuman sejuk dan buahan seperti tembikai, rambutan dll. Kanak-kanak ini dinasihatkan untuk mendapat rawatan dan pemeriksaan dari doktor sepenuhnya terutama jika sesak nafas (tandanya ialah kadar pernafasan yang laju dan bahagian pangkal tulang dada yang tenggelam ketika menarik nafas).

Gamat berupaya membantu dengan mengurangkan tindakbalas alahan dan radang pada saluran pernafasan. Ia melegakan dan setengah kes dapat menyembuhkan dari menghidapi lelah.

Disyorkan :

Pati Gamat Plus Vita 1 sudu kecil / besar (bergantung pada saiz/umur) 2 kali sehari
(Peringatan: Jika anda ada alahan pada perisa Oren, sila gunakan Pati Gamat Plus)
(Elok dimakan 1/2 jam selepas Bioseed - jika ada mengambil produk Bioseed)

Krim Urut eMas disapu perlahan di bahagian dada dan tekak

C3 Spirulina 1 sudu besar 2-3 kali sehari (mencegah bronchiolitis)
(1 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)

Campak / Cacar Air

Demam campak dan cacar air (chicken pox) sering mengakibatkan masalah gatal pada kulit. Sementara parut yang ditinggalkan oleh cacar air kadangkala mengaibkan.

Gamat membantu menghilangkan rasa gatal dan radang pada kulit. Ia juga membantu melembutkan dan mengurangkan kesan ketara pada parut cacar air. Sementara C3 Spirulina membantu membekalkan nutriens yang perlu untuk penyembuhan di samping meningkatkan keupayaan badan untuk mengatasi penyakit tersebut.

Disyorkan :

Pati Gamat Plus Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
(Peringatan: Jika anda ada alahan pada perisa Oren, sila gunakan Pati Gamat Plus)
(Elok dimakan 1/2 jam selepas Bioseed - jika ada mengambil produk Bioseed)

Losyen eMas dilumurkan ke bahagian yang merah

Krim Gamat eMas disapu pada kesan cacar air yg telah kering

Gel Gamat eMas disapu pada cacar air yg masih basah (belum kering)

Buih Mandian eMas boleh digunakan untuk mandian

C3 Spirulina 1 sudu besar 2-3 kali sehari
(1 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)

Darah Tinggi

Penyakit darah tinggi atau hipertensi mempunyai banyak sebab. Antara yang utama disebabkan oleh salurdarah yang tersumbat. Ia boleh menjurus kepada masalah buah pinggang, jantung, stroke (angin akhmar), rabun penglihatan dll. Anda dinasihatkan mendapat pemeriksaan dan rawatan doktor. Ubat darah tinggi janganlah ditinggalkan kecuali dengan nasihat doktor. Anda turut digalakkan untuk mengelakkan makanan yang masin dan berlemak. Lakukan senaman secukupnya dan berhenti merokok di samping mendapat rehat dan tidur yang secukupnya. Elakkan keadaan stress.

Gamat memiliki kesan vasodilatasi atau mengembangkan salurdarah. Ini memberi kesan positif kepada pesakit hipertensi yang serasi. Ia nya turut melancarkan aliran darah di samping mengurangkan masalah penyumbatan salurdarah dan pembentukan darah beku yang juga boleh mengakibatkan tekanan darah tinggi. Disebabkan penyakit darah tinggi ini merupakan satu proses yang mengambil masa bertahun lamanya sebelum ianya dapat dikesan, penurunan tekanan darah juga kadangkala memerlukan pengamalan produk untuk beberapa minggu jangka masanya.

C3 Spirulina mempunyai kesan mengawal kolesterol dan kesan antioksidan yang kuat untuk menghindari masalah kardiovascular seperti hipertensi. Bio-H turut membantu dengan menstabilkan tekanan darah.

Disyorkan :

Pati Gamat Plus / Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
(Elok dimakan 1/2 jam selepas Bioseed)

Bioseed 1 paket 2 kali sehari
(Makan 1/2 jam sebelum makan pagi dan malam dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)

Turut di bantu oleh C3 Spirulina 1 sudu besar 3 kali sehari
(1 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)

Bio-H 1-2 paket makan malam sebelum tidur dalam keadaan perut kosong (tidak makan selama 2 jam)
(Boleh dibancuh dengan air biasa iaitu air mineral suhu bilik atau air soya sejuk)

Darah Rendah

Masalah tekanan darah rendah atau hipotensi sering terjadi kepada wanita di bawah umur 30an. Bacaan tekanan darah rendah adalah bergantung kepada umur yang mana usia muda boleh menerima tekanan darah rendah tanpa sebarang simptom. Gamat tidak begitu digalakkan untuk merawat masalah ini kerana ia juga boleh menurunkan tekanan darah. Didapati mereka yang mempunyai tekanan darah rendah apabila mengamalkan gamat selalunya akan berasa pening yang jika tiada masalah kesihatan yang lain, telah direkodkan ada kes yang tekanan darah menjadi normal semula setelah mengamalkan gamat buat beberapa jangkamasa.

Walaubagaimanapun jika ingin dicuba, bolehlah gunakan Bioseed terlebih dahulu, di mana penjagaan sistem penghadaman yang sihat boleh menjurus kepada kesihatan badan yang lebih seimbang. Anda juga digalakkan untuk memakan makanan segar (buahan dan sayuran) dan mengamalkan senaman secukupnya.

Disyorkan :

Bioseed 1 paket sehari (berhenti jika terasa pening-pening dan pitam)
(Makan 1/2 jam sebelum makan pagi dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)

C3 Spirulina 1 sudu besar 3 kali sehari
(1 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)

Darah Gemuruh / Debar

Gamat di dapati mempunyai daya penenang (anxiolytic) dan di dalam kes tertentu boleh mengurang debaran jantung. Buat mereka yang berusia, HGH juga mempunyai pengaruh mengurangkan stress dan tekanan di samping menstabilkan emosi. Ia juga memberi kesan tidur yang sempurna dan merehatkan otak. Pegaga pula berupaya meningkatkan paras GABA iaitu sejenis neurotransmitter di otak yg bertanggungjawab memberi kesan menenang.

Disyorkan :

Pati Gamat Plus / Vita 1 sudu kecil 2 kali sehari
(Elok dimakan 1/2 jam selepas Bioseed)

Bioseed 1 paket sehari
(Makan 1/2 jam sebelum makan pagi dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)

Bio-H 1-2 paket makan sebelum tidur dalam keadaan perut kosong (tidak makan selama 2 jam)
(Boleh dibancuh dengan air biasa iaitu air mineral suhu bilik atau air soya sejuk)

G-Cafe Pegaga 2-3 cawan di waktu siang

Degil / Hyperaktif

Kanak-kanak yang degil dan hyperaktif kadangkala mungkin bukan sahaja di sebabkan oleh sifat semulajadi atau dari sudut pengasuhan tetapi juga perlu dilihat dari sudut kekurangan zat yang amat di perlukan oleh saraf otak mereka yang dikenali sebagai Asid Dokosaheksanoik. Keadaan seperti 'Attention Deficit Hyperactive Disorder' yang mana kanak-kanak tersebut bukan sahaja degil dan hyperaktif malah agak kurang daya tumpuan dan impulsif juga dikaitkan dengan kandungan asid dokosaheksanoik yang rendah di dalam darah mereka. Mereka ini turut mempamerkan tahap pembelajaran yang rendah berbanding dengan rakan seumur dengan mereka.

Bio-B mempunyai kandungan utamanya iaitu asid dokosaheksanoik yang mampu membantu kanak-kanak yang degil dan hyperaktif. Ia turut membantu merembeskan neurotransmiter serotonin yang bertanggungjawab memberikan perasaan ceria kepada individu tersebut.

Disyorkan :

Bio-B 1-2 paket di makan waktu sarapan
(Dibancuh dengan air masak seperti membuat air Milo. Boleh juga dicampur dengan air Milo atau apa sahaja minuman lain yang bersesuaian)

Boleh di ambil bersama C3 Spirulina untuk melengkapkan keperluan nutrisi kanak-kanak tersebut
(1 sudu dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)

Endometriosis

Keadaan ini wujud di mana lapisan dalam rahim (endometrium) wujud di luar rahim seperti di ovari, perut dll. Lebih kurang 5% dari kaum wanita menghidapi masalah ini. Kesakitan akan terjadi apabila tiba ketika haid di mana lapisan tersebut turut akan berdarah yang mana contohnya jika berlaku di dalam perut akan menyebabkan adhesi dan pembentukan tisu parut. Ini akan mewujudkan kesakitan dan seringkali kemandulan. Bezanya dengan senggugut biasa ialah kesakitannya berlaku terus menerus sepanjang haid sementara senggugut hanya 2-3 hari sahaja. Pemeriksaan perubatan adalah di syorkan dan jika perlu doktor akan menggunakan teknik laparoscopy sambil merawat dengan menggunakan laser dan kadangkala digabungkan dengan rawatan hormon.

Di sebabkan punca utama endometriosis ialah haid retrograde (aliran semula darah haid ke dalam dan bukan ke luar) maka penggunaan gamat mampu membantu mengelakkan masalah endometriosis kerana ia menghasilkan pengecutan rahim yang sempurna ketika haid menyebabkan darah mengalir ke arah luar. Gamat juga mempunyai kesan anti inflammasi dan penahan sakit yang membantu mereka yang mempunyai masalah endometriosis. C3 Spirulina juga boleh memainkan peranan di sini disebabkan kandungan GLA yang tinggi turut membantu mereka yang mempunyai senggugut yang serius.

Disyorkan :

Bioseed 1 paket pagi dan petang bagi pembersihan usus
(Makan ½ jam sebelum anda makan, minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)

Pati Gamat Plus Vita 1 sudu besar 2 kali sehari - Elok dimakan ½ jam selepas Bioseed
(Peringatan: Jika anda ada alahan pada perisa Oren, sila gunakan Pati Gamat Plus)

C3 Spirulina 1 sudu besar 3 kali sehari
(1 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)

Krim Urut eMas di urut di bahagian luar untuk mengurangkan krem otot

Fibroid

Fibroid atau Leiomyoma adalah ketumbuhan otot licin rahim. Sering menyebabkan masalah darah haid yang banyak, kesakitan, kemandulan dan kesan menekan terhadap struktur di sekeliling rahim menyebabkan sembelit, buasir, vena varikosa dll. Ini juga merupakan masalah yang kerap dihidapi oleh wanita (5%) terutama ketika usia melebihi 40 tahun. Rawatan selalunya bergantung kepada masalah yang timbul akibatnya dan jika perlu rahim terpaksa di bedah buang. Di nasihatkan mendapat pemeriksaan doktor yang sempurna terlebih dahulu untuk mengasingkan dari simptom barah rahim. Di sini gamat membantu mengurangkan inflammasi dan di setengah kes menyurutkan jika fibroid pada peringkat awal dan masih belum besar. Digalakkan penggunaan produk kesihatan bagi mengelakkan keadaan sedemikian dari merawatnya.

Disyorkan :

Bioseed 1 paket 2 kali sehari - pagi dan malam
(Makan ½ jam sebelum makan, minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)

Pati Gamat Plus Vita 1 sudu besar pagi dan malam - elok dimakan ½ jam selepas Bioseed
(Peringatan: Jika anda ada alahan pada perisa Oren, sila gunakan Pati Gamat Plus)

C3 Spirulina 1 sudu besar 3 kali sehari
(1 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)

Gemuk

Gemuk atau obesiti boleh memberi pelbagai kesan, terutamanya dari segi ketrampilan diri dan juga penyakit contohnya darah tinggi, kencing manis, jantung, masalah sendi/athritis, sukar mendapat anak, batu karang hempedu dll. Penjagaan pemakanan dan senaman memainkan peranan penting untuk menguruskan badan.

Gamat meningkatkan metabolisme badan dan dapat membakar lemak. Plantago ovata pula boleh mengurangkan kolesterol dalam darah di samping membuang lemak di dalam usus (tanpa menyebabkan cirit-birit). Phenylalanine di dalam C3 Spirulina pula boleh membantu mengurangkan selera sementara spirulina membekalkan nutriens seimbang yang diperlukan badan apabila menjalani proses diet. Di samping itu, mengimbangkan paras HGH di dalam darah juga membantu mengelakkan dari proses pengumpulan lemak secara semulajadi di bahagian tertentu badan apabila usia meningkat.

GESB menyediakan produk khusus bagi mereka yg ingin melangsingkan badan dengan cara yg sihat. Beautreme ialah sejenis pemakanan bernutrisi yang diformulasikan khusus mengandungi kandungan semulajadi iaitu ekstrak Phaseolus vulgaris, CLA (Conjugated Linoleic Acid), L-Carnitine, Garcinia cambogia, Lesitin, Protein soya, Isolate, Protein Whey Hyrolysate, Oat, vitamin A, B1, B2, B3, B6, B12, C, E, D, Biotin, Asid folik, Kuprum, Kromium, Magnesium, Kalsium, Selenium, Potassium dan Zink sebagai bahan aktif. Kombinasi bahan semulajadi ini membuatkan agar badan membakar lemak secara berkesan, mengurangkan penyimpanan lemak dan juga mengurangkan selera makan. Ia juga diperkayakan dengan serat yang merangsang pergerakan usus untuk mengeluarkan bahan sampingan pembakaran lemak dengan lebih efektif. Kandungan multivitamin dan garam galian pula melengkapkan keperluan badan bagi zat-zat yang diperlukan bagi kesihatan badan yang sempurna.

Bioseed 1 paket 3 kali sehari. Diambil 1 paket pagi setengah jam sebelum makan pagi. Amalkan buahan atau serat (seperti cornflakes atau oats) sebagai sarapan. Minum 2 gelas air kosong. 1 paket lagi setengah jam sebelum makan tengahari. Amalkan memakan sayuran dan ikan sebagai makan tengahari (jika lapar). Anda akan terasa kekenyangan selepas memakan Bioseed. Elakkan dari memakan karbohidrat dan lemak. Lakukan senaman pada waktu petang sekurang-kurangnya 30 minit sehari. 1 paket terakhir diambil setengah jam sebelum makan malam. Amalkan diet seperti makan tengah hari tadi. Minum air secukupnya (sekurang-kurang 8 gelas sehari). Elakkan dari sebarang minuman manis, berperisa atau bertin. Lebihkan serat dan elakkan dari makanan berlemak (telur, minyak, santan, daging terutamanya kambing, kuih muih/kek/cokelat dan aiskrim).

Disyorkan :

Beautreme 1 paket diambil 5 minit sebelum makan tengahari dan malam. Gunakan sekurang-kurangnya 2 paket sehari. Seandainya pada peringkat awal mengamalkan produk ini dan anda masih berasa lapar, anda boleh juga mengambil 1-2 paket Beautreme diantara waktu malam. Sila rujuk buku manual Beautreme bagi kaedah pelangsingan badan yang lengkap

Bioseed 1 paket 3 kali sehari
(Makan ½ jam sebelum makan pagi, tengahari dan malam dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)

Bio-H 1-2 paket sebelum tidur (untuk dapatkan kesan optima) dalam keadaan perut kosong (tidak makan selama 2 jam)
(Boleh dibancuh dengan air biasa iaitu air mineral suhu bilik atau air soya sejuk)


C3 Spirulina 1 sudu besar 3 kali sehari
(1 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)


Linesse disapukan pada bahagian tubuh yang berlemak untuk mendapatkan bentuk badan yang dikehendaki

Gastrik

Gastrik atau lebih tepat gastritis merupakan erosi pada lapisan dalam perut. Tandanya ialah pedih ulu hati, terasa cepat lapar, kembung, pendek nafas, pening, loya dan letih tak bermaya. Anda dinasihatkan untuk mengelakkan stress, berhenti merokok, pantang makanan pedas, masam, berempah dan minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, nescafe dan coke/minuman bergas. Jika tidak dijaga gastritis akan bertukar menjadi ulser perut iaitu luka pada lapisan dalam perut. Tandanya ialah sakit yang lebih ketara dan najis bertukar menjadi hitam berkilat (disebabkan oleh pendarahan). Ini memerlukan rawatan segera dari doktor bedah untuk dilakukan scope (OGDS) dan kemungkinan memerlukan pembedahan. Anda dinasihatkan mendapat pemeriksaan dan rawatan doktor.

Gamat boleh membantu mengurangkan sakit dan mempercepatkan penyembuhan luka dalaman dengan melitupi lapisan erosi pada dinding gaster. Bioseed juga berfungsi sedemikian dan turut menjaga kesihatan sistem penghadaman secara am. C3 Spirulina memberi nutriens membaikpulih keadaan di samping klorofil turut menggalakkan keadaan yang sesuai dari sudut kesihatan dalaman usus yang membantu mencegah gastritis/ulser.

Disyorkan :

Pati Gamat Plus 1 sudu besar 2 kali sehari
(Elok dimakan ½ jam selepas Bioseed)

Bioseed 1 paket 2 kali sehari sebelum makan
(Makan ½ jam sebelum makan dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)

C3 Spirulina 1 sudu besar 3 kali sehari
(1 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)

G6PD

G6PD

Glucose 6-Phosphate Dehydrogenase Deficiency (G6PD) merupakan keadaan di mana kanak-kanak tidak mempunyai enzim tersebut di atas secara mencukupi menyebabkan apabila terdedah kepada bahan tertentu yang di makan seperti ubat (aspirin, baktrim), kacang sepat, ubat gegat dll, sel darah merah mereka akan pecah dan menyebabkan krisis kekurangan yang serta merta (hemolytic anemia).

Selalunya G6PD akan di kesan melalui ujian darah selepas kelahiran yang mana selalunya doktor akan memberitahu kepada ibubapa mengenai pantang larang penyakit ini. Produk keluaran gamat eMas yang dimakan adalah selamat digunakan untuk mereka yang mempunyai masalah G6PD ini. Malah kandungan vitamin E yang tinggi di dalam gamat dapat membantu mereka yang mempunyai kes G6PD yang kronik.

Disyorkan :

Pati Gamat Plus Vita 1 sudu kecil 2 kali sehari (dos kanak kanak)
(Peringatan: Jika anda ada alahan pada perisa Oren, sila gunakan Pati Gamat Plus)

Walau bagaimanapun ibubapa perlulah memberi perhatian kepada bahan-bahan yang telah disenaraikan oleh doktor untuk dielakkan dari dimakan dan didekati oleh kanak-kanak tersebut.

Gusi / Gigi

Bengkak gusi dan sakit gigi kadangkala amat menyakitkan. Penjagaan kesihatan oral seperti memberus gigi selepas makan, menggunakan dental floss untuk membersih celah gigi dan mengamalkan kumuran antiseptik amatlah digalakkan. Jika keadaan gusi yang terlalu bengkak, disyorkan kombinasi dengan penggunaan antibiotik seperti Metronidazole (Flagyl) yang boleh didapati dari klinik perubatan. Pemeriksaan oleh doktor gigi setiap 6 bulan boleh mengelakkan masalah gusi atau gigi yang lebih serius.

Gamat boleh meredakan sakit, bengkak dan radang. Koenzim Q10 di dalam C3 Spirulina pula telah di bukti melalui kajian saintifik mampu menyehatkan gusi dan meredakan gusi bengkak dan bernanah di samping mengelakkan masalah bau mulut.

Disyorkan :

Pati Gamat Plus / Vita 1 sudu besar 2 kali sehari (sebelum atau selepas makan)

C3 Spirulina 1 sudu besar 3 kali sehari (sewaktu makan)
(1 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)

Gel Gamat eMas disapu ke tempat yang sakit ( ia sesuai untuk budak kecil kerana tiada rasa pedas yang menggangu mereka)

Ubat Gigi Orogard gunakan sekurang-kurangnya 2 kali sehari (seeloknya sebelum tidur)

Bagi gusi yang bermasalah, gel gamat boleh di calitkan ke berus gigi untuk digabungkan dengan ubat gigi Orogard bagi kegunaan untuk memberus gigi

Untuk masalah ulser mulut, turut disarankan penggunaan gel tersebut

Gout

Gout

Gout merupakan sejenis sakit sendi yang berpunca dari kandungan asid urik dalam darah yang tinggi. Lelaki mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi gout. Faktor gemuk dan kekeluargaan turut memainkan peranan. Gout akan menyebabkan sakit sendi terutamanya di sendi ibu jari kaki yang bengkak dan merah. Ia seterusnya boleh menyerang sendi-sendi lain di samping boleh menyebabkan erosi pada sendi dan tumbuhnya gout tophus (bengkak pada sendi seluruh badan yang tidak sakit tapi berkekalan). Kejadian batu karang pada buah pinggang juga sering berlaku pada penghidap gout. Risiko sakit jantung turut bertambah bagi mereka.

Anda di nasihatkan menjaga pemakanan. Elakkan makanan laut, organ dalaman, daging merah, sayuran seperti kekacang dan kobis, ikan seperti ikan sardin dan bilis dan juga tapai. Minum air sekurangnya 8 gelas sehari untuk mengelakkan masalah batu karang.

Gamat mempunyai kesan penahan sakit dan lawan radang yang berupaya untuk melegakan keadaan gout. Ia meningkatkan pengaliran darah di buah pinggang dan membantu mengeluarkan asid urik dan melawaskan. Bioseed turut penting menjaga sistem usus yang mengelakkan dari penyerapan asid urik secara berlebihan. Harus diingatkan kadangkala berlaku kesan tindakbalas yang menyebabkan sakit sendi tapi selalunya hanya bertahan selama 2 atau 3 hari sahaja. Teruskan dan janganlah berhenti.

Disyorkan :

Pati Gamat Plus Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
(Peringatan: Jika anda ada alahan pada perisa Oren, sila gunakan Pati Gamat Plus)

Bioseed 1 paket 2 kali sehari (gunakan sekurang-kurang 1 bulan)
(Makan ½ jam sebelum makan pagi dan malam dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)

Minyak Linimen disembur pada sendi yang bengkak

Krim Urut eMas boleh juga disapu di tempat yg bengkak dan sakit tapi jangan diurut

Hati

Hati

Hati merupakan organ kumuh yang penting. Sakit hati mungkin disebabkan oleh jangkitan (hepatitis), alkohol, kanser dll. Masalah sakit hati kronik seperti liver cirrhosis, adalah sukar kerana simptom yang wujud selalunya pada peringkat kerosakan secara keseluruhan pada hati dan adalah agak terlewat untuk rawatan sempurna. Oleh itu pentingnya fungsi pencegahan pada peringkat awal. Pemeriksaan yang sempurna oleh doktor adalah diperlukan.

Gamat mempunyai khasiat nutrisi yang membantu kearah kesihatan di samping kesan-kesan yang membantu masalah dalaman seseorang. Ia juga di dapati pada ujian makmal mampu membaik pulih sel-sel hati yang rosak. Kandungan choline dan tocopherol di dalam C3 Spirulina pula membantu menghalang masalah hati seperti 'Fatty liver cirrhosis'. Kehilangan asid amino yang terjadi disebabkan oleh penyakit hati akan di atasi oleh spirulina yang kaya dengan protein tetapi berkolesterol rendah.

Disyorkan :

Bioseed 1 paket 2 kali sehari
(Makan ½ jam sebelum makan pagi dan malam dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)

Pati Gamat Plus / Vita 2 sudu besar 2 kali sehari
(elok dimakan ½ jam selepas Bioseed)

C3 Spirulina 1 sudu besar 3 kali sehari
(1 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)

Haid

Haid

Kitaran haid yang tidak tetap terlalu banyak puncanya, antaranya infeksi, ketidakseimbangan hormon, ketumbuhan seperti fibroid dan polyps, emosi/stress dll. Pemeriksaan oleh doktor sakit puan adalah diperlukan.
Gamat dikatakan boleh membantu masalah kitaran haid yang tidak teratur. GLA (Gamma Linoleic Acid) pula membantu mengimbangi hormon.

Disyorkan :

Pati Gamat Plus / Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
(elok dimakan ½ jam selepas Bioseed)

Bioseed 1 paket 2 kali sehari
(Makan ½ jam sebelum makan pagi dan malam dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)

C3 Spirulina 1 sudu besar 3 kali sehari
(1 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)

Bio-H 2 paket sebelum tidur dalam keadaan perut kosong (tidak makan selama 2 jam) - khusus untuk wanita berumur yang menghampiri gejala menopaus)
(Boleh dibancuh dengan air biasa iaitu air mineral suhu bilik atau air soya sejuk)

Jantung

Sakit jantung sering disebabkan oleh salurdarah jantung tersumbat oleh proses artherosclerosis. Ini menyebabkan bekalan oksigen tidak sampai ke otot jantung dan menyebabkan otot tersebut tidak berfungsi lagi. Ini seterusnya akan menyebabkan keadaan lemah jantung. Tanda serangan sakit jantung ialah sakit yang sangat di bahagian kiri dada. Sakit seolah-olah mencengkam ini boleh juga terasa di bahagian ulu hati ke tekak dan juga di lengan kiri. Sakit ini menyerang ketika seseorang itu sedang melakukan sesuatu yang lasak dan akan berkurangan apabila berehat. Sementara sakit lemah jantung pula membuatkan seseorang itu tak bermaya, menghidapi paru-paru berair, perlu tidur dengan menggunakan bantal yang tinggi dan bengkak kaki.

Anda dinasihat mendapat pemeriksaan yang lengkap dan rawatan berulang dengan doktor. Cuba elakkan pergerakan fizikal yang berlebihan, stress, merokok, pemakanan yang kaya dengan garam dan lemak. Sementara penyakit yang seiring seperti darah tinggi, kencing manis dan gout perlulah dijaga sebaik mungkin.

Gamat membantu dari segi melebarkan salurdarah (kesan vasodilatasi). Kesan antithrombotik (mengelak masalah darah beku) turut membantu mengelakkan komplikasi masalah saluran darah tersumbat. Ia juga mempunyai kesan positif terhadap kontraktiliti otot jantung. Dengan meningkatkan metabolisme ia akan mengurangkan masalah kolesterol yang tinggi dalam darah dan mengelakkan sumbatan salurdarah dari menjadi lebih teruk. Bioseed juga dapat merendahkan kolesterol dengan berkesan.

C3 Spirulina membantu dengan mengawal kolesterol. Kesan anti oksidan yang optima dalam C3 Spirulina juga menyihatkan sistem kardiovaskular yang turut mencegah masalah oksidasi LDL (kolesterol tidak sihat) yang merupakan asas pembentukkan plak yang menyumbat salurdarah. Coenzim Q10 pula memberi tenaga pada otot-otot jantung yang telah lemah di samping membantu mengawal simptom permasalahan jantung seperti sakit jantung, lemah jantung, masalah injap jantung dan 'cardiomyopathy'. Bio-H juga mengawal lemak yang tidak sihat (LDL, VLDL dan triglyceride) di samping memberi kesan positif kepada jantung.

Disyorkan :

Bioseed 1 paket 2 kali sehari
(Makan ½ jam sebelum makan pagi dan malam dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)

Pati Gamat Plus / Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
(elok dimakan ½ jam selepas Bioseed)

C3 Spirulina 1 sudu besar 3 kali sehari
(1 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)

Bio-H 2 paket malam sebelum tidur dalam keadaan perut kosong (tidak makan selama 2 jam)
(Boleh dibancuh dengan air biasa iaitu air mineral suhu bilik atau air soya sejuk)

Jantung Berlubang

Jantung berlubang merupakan sejenis penyakit kongenital (dilahirkan). Antara tanda yang jelas ialah pucat (bibir dan lidah yang biru) apabila melakukan sesuatu seperti minum susu dan menangis. Tanda lain ialah sesak nafas, bengkak hati, kurang selera makan dan urat darah timbul di bahagian tengkok. Penyakit jantung kongenital berlaku sebanyak 8 dari 1000 kandungan. Jenis yang utama ialah VSD, ASD, Patent ductus dan Fallots Tetralogy. Pesakit jantung berlubang perlu mendapat rawatan pakar, terutamanya jika pesakit menunjukkan tanda lemah dan kegagalan jantung pada peringkat awalnya (seperti di atas). Penyakit VSD (ventricular septal defect) ialah yang paling kerap berlaku (25%) di mana terdapat lubang di antara lubang bilik jantung kiri dan kanan. Kadangkala lubang tersebut akan tertutup dengan sendirinya apabila meningkat umur. Pesakit perlu dirujuk ke pakar jantung jika menunjukkan masalah kekurangan oksigen. Pesakit yang tidak serius atau tidak menunjukkan simptom yang jelas akan di follow up sehinggalah berusia 8 tahun di mana jika keadaan jantung berlubangnya masih kekal, maka ianya akan dirujuk ke IJN untuk kemungkinan menjalankan pembedahan.

Gamat mengandungi faktor menumbuhkan sel yang dapat membantu merawat masalah jantung yang berlubang terutamanya bagi kes VSD dan yang serasi.

Disyorkan :

Pati Gamat Plus / Vita 1 sudu besar 2 kali sehari. Bagi kanak-kanak yang berumur setahun ke bawah, perlu berhati-hati. Gunakan jika benar-benar diperlukan memandangkan faktor alahan yang mungkin tinggi bagi golongan tersebut dan kurangkan dos nya
(Elok dimakan ½ jam selepas Bioseed)

Bioseed juga boleh digabungkan jika umur melebihi setahun. Gunakan 1 paket 2 kali sehari
(Makan ½ jam sebelum makan pagi dan malam dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)

C3 Spirulina 1 sudu besar 2 kali sehari
(1 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)

Jerawat & Jeragat

Jerawat merupakan keluhan utama kaum remaja. Ia lebih disebabkan oleh keaktifan hormon yang menyebabkan pengeluaran minyak sebum yang berlebihan. Ini membuatkan liang atau pori kulit tersumbat dan dijangkiti kuman. Kaum remaja perlulah menjaga kebersihan kulit muka dengan betul dan kadangkala memerlukan rawatan antibiotik untuk kes yang teruk. Jeragat pula merupakan tompok hitam pada muka disebabkan oleh kesan cahaya matahari.
Gamat berupaya membantu dengan kesan anti-inflammasinya untuk menyurutkan bengkak dan menghilangkan radang kulit pada jerawat. Ia turut membantu mempercepatkan pertumbuhan sel kulit yang baharu. Kandungan kollagen yang tinggi juga memberikan kesan awet muda dengan menganjalkan kulit. Bagi jeragat pula, gamat membantu memperbaharui kulit muka yang bertompok tadi seperti sediakala. Kandungan vitamin A, E dan antioksidans membantu ke arah kulit muka yang cantik dan sihat. Penggunaan UV block membantu dari masalah jeragat tadi berulang semula.

Disyorkan :

Pencuci Muka eMas digunakan sekurang-kurangnya sekali sehari

Krim Gamat eMas disapukan ke muka dan parut kering

Gel Gamat eMas disapukan ke bahagian jerawat untuk mencepatkan pemulihan. Digunakan malam sebagai penegang kulit muka

Pati Gamat Plus Vita 1 sudu besar 2 kali sehari untuk kesihatan dalaman
(elok dimakan ½ jam selepas Bioseed)
(Peringatan: Jika anda ada alahan pada perisa Oren, sila gunakan Pati Gamat Plus)

Bioseed 1 paket sehari utk membersihkan badan dan membuang toksik untuk kesihatan dalaman
(Makan ½ jam sebelum makan pagi dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)

C3 Spirulina 1 sudu besar 3 kali sehari membantu membekalkan nutriens yang amat diperlukan oleh kulit yang sedang pulih (1 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)

Kayap

Kayap atau shingles merupakan penyakit disebabkan oleh sejenis virus Herpes Zoster. Ia menyerang mereka yang mempunyai immuniti badan yang rendah seperti baru sembuh dari penyakit / pembedahan, kencing manis, golongan berusia, pesakit AIDS dll. Ia akan membentuk gelembung merah pada badan yang tertumpu ke bahagian badan tertentu mengikut pembahagian saraf yang terasa pijar dan sakit. Apabila ia sembuh selalunya akan meninggalkan parut.

Gamat dapat melawan radang dan sakit disebabkan oleh kayap tadi. Di samping itu, ia juga boleh mengelakkan kesan parut. Kajian awal turut menunjukkan keberkesanan gamat untuk melawan virus. C3 Spirulina turut meningkat ketahanan tubuh di samping mempunyai kesan antivirusnya yang tersendiri.

Disyorkan :

Pati Gamat Plus / Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
(Elok dimakan ½ jam selepas Bioseed)

Gel Gamat eMas disapukan ke bahagian kayap yang basah

Krim Gamat eMas disapukan kebahagian yang sudah mula sembuh (kering)

Bioseed boleh digunakan 1 paket sehari
(Makan ½ jam sebelum makan pagi dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)

C3 Spirulina 1 sudu besar 3 kali sehari
(1 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)

Kencing Kotor

Jangkitan kuman pada saluran air kencing selalu berlaku kepada wanita yang kurang minum air dan sering menahan perasaan untuk kencing. Pesakit yang baru menjalani pembedahan yang dimasukkan saluran getah ke dalam saluran kencingnya turut mudah mendapat jangkitan. Keadaan kencing berdarah seperti pesakit batu karang buah pinggang juga mudah mendapat jangkitan pada saluran dan pundi kencing. Tandanya ialah kencing yang tak lawas, kencing pedih dan panas, kencing berdarah, sakit di ari-ari dan perasaan loya. Jika ia menjadi semakin serius, maka sakit akan mula naik ke bahagian pinggang dan demam pada sekitar suhu 38.5° Celcius. Keadaan ini di panggil ascending pyelonephritis dan memerlukan rawatan antibiotik secara parenteral (intravenous) dengan segera untuk mengelakkan komplikasi yang lebih serius. Bagi yang baru mendapat simptom kencing kotor, dinasihatkan berjumpa doktor untuk memeriksa kencing dan mendapatkan rawatan (antibiotik). Minum air secukupnya iaitu 8 gelas sehari dan jangan tahan kencing.

Gamat boleh membantu melegakan masalah kencing kotor pada peringkat awalnya. Lebih berkesan jika di gabungkan dengan rawatan antibiotik. Ia melawan radang dan membaik pulih saluran kencing yang cedera. Ia juga mempunyai kesan antinosiseptif yang mengurangkan kesakitan. Bioseed pula membantu mengeluarkan toksin dan membantu penyembuhan. C3 Spirulina merupakan pemakanan beralkali yang mempunyai keupayaan untuk membantu meningkatkan ketahanan tubuh di samping mengalkalikan air kencing bagi mengelakkan percambahan kuman di dalam pundi kencing.

Disyorkan :

Pati Gamat Plus Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
(Peringatan: Jika anda ada alahan pada perisa Oren, sila gunakan Pati Gamat Plus)

Bioseed 1 paket 2 kali sehari
(Makan ½ jam sebelum makan pagi dan malam dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)

C3 Spirulina 1 sudu besar 3 kali sehari
(1 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)

Kurap / Panau

Penyakit kurap dan panau ini berpunca dari jangkitan kulat. Gamat mempunyai kesan anti-fungus yang boleh membunuh kulat tersebut. Di samping itu ia membantu mengurangkan gatal dan radang kulit. Gamat juga mempunyai kesan melembab dan menyihatkan kulit yang turut mencegah dari kulit pecah / bermasalah yang boleh menjadi jalan masuk kepada jangkitan kulat.
Disyorkan :

Krim Gamat eMas disapukan 3 kali sehari - Gel Gamat eMas boleh juga digunakan

Buih Mandian eMas atau Sabun Gamat eMas digunakan buat mandian seluruh badan

Pati Gamat Plus / Vita boleh diamalkan untuk pemakanan kesihatan ke arah kulit yang lebih cantik
(Elok dimakan ½ jam selepas Bioseed - jika ada mengamalkan produk Bioseed)

Kulit Kering / Bersisik

Masalah kulit di atas boleh terjadi disebabkan oleh kekurangan zat, kulit yang sensitif seperti seborrheic dermatitis, masalah dalaman seperti psoriasis, masalah sementara seperti sunburn dll. Kulit yang kering juga mudah dijangkiti kulat (kurap). Gamat memang berkesan bagi penjagaan kulit yang sihat dan cantik. Kandungan zat nutriens seperti vitamin E semulajadi, kollagen digabungkan dengan formulasi saintifik yang melembabkan kulit dapat meredakan masalah kulit kering. Kesan antihistamina mengurangkan kesan gatal dan alahan. Ekstrak gamat mengandungi faktor penumbuh sel yang membantu menumbuhkan sel kulit yang sihat dengan cepat. Manakala C3 Spirulina pula memberi nutriens bagi pemulihan kulit.
Disyorkan :

Krim Gamat eMas disapukan 3 kali sehari

Losyen Badan Gamat eMas di lumurkan keseluruhan badan

Buih Mandian eMas bagi mandian harian

Pati Gamat Plus Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
(Elok dimakan ½ jam selepas Bioseed)

Seelok-eloknya digunakan Bioseed 1 paket 2 kali sehari sekurang-kurangnya buat 1 bulan permulaan untuk tujuan pembersihan badan dari toksik yang meracuni kulit
(Makan ½ jam sebelum makan pagi dan malam dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)

C3 Spirulina 1 sudu besar 3 kali sehari
(1 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)

Kesuburan / Mandul

Infertiliti biasanya didefinisikan sebagai kesukaran untuk mendapat zuriat setelah tempoh setahun perhubungan seks tanpa perlindungan dilakukan. Faktor kemandulan meliputi pelbagai faktor. Antaranya masalah perempuan (bentuk rahim yang tidak sempurna, jangkitan pada sistem peranakkan, antibodi terhadap sperma, kesan dari endometriosis dll.) dan masalah lelaki (sperma yang tidak sihat, autoimmuniti dan autoagglutinasi sperma, infeksi dll). Bagi pasangan yang serasi, penggunaan gamat dapat meningkatkan kesuburan. Hipotesis gamat mengandungi cell growth factor dan melancarkan pengaliran darah dapat menyuburkan lapisan dalam rahim dan meningkatkan kesihatan sperma berkemungkinan membantu pasangan yang mandul. Koenzim Q10 di dalam C3 Spirulina pula dibuktikan mampu meningkatkan motiliti dan kadar persenyawaan lebih 2 kali ganda. Selenium yang didapati di dalam spirulina turut meningkatkan fertiliti lelaki dengan membantu menambahkan penghasilan bilangan sperma yang sihat aktif dan sempurna.
Disyorkan :

Pati Gamat Plus Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
(Peringatan: Jika anda ada alahan pada perisa Oren, sila gunakan Pati Gamat Plus)
(Elok dimakan ½ jam selepas Bioseed)

Bioseed sekurang-kurangnya 1 paket sehari
(Makan ½ jam sebelum makan dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)

C3 Spirulina 1 sudu besar 3 kali sehari
(1 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)

Keguguran Rambut / Botak

Punca keguguran rambut sering di kaitkan dengan kesihatan kulit kepala. Tetapi ada juga keadaan keguguran rambut yang bersangkutan dengan faktor hormon (alopecia androgenata) dan masalah autoimmun (alopecia areata). Mengelakkan faktor yang mengurangkan pengaliran darah ke kulit kepala seperti merokok dan stress / memikir terlalu banyak dapat mencegah keguguran rambut. Berusan dan mengurut kulit kepala turut dapat membantu. Kelemumur dan penjagaan rambut yang tidak sihat (didedahkan kepada bahan kimia seperti hairdye, terdedah kepada haba yang tinggi seperti penggunaan hairdryer terlalu kerap, memerapkankan rambut yang basah seperti memakai tudung ketika rambut belum kering dan pangkal rambut yang kotor dari kesan peluh dan mendakan debu kotoran yang kemudiannya tidak dibasuh sempurna) juga dapat menyebabkan keguguran rambut. Bagi mereka (selalunya lelaki) yang mempunyai faktor genetik dan pengaruh hormon androgen adalah sukar untuk mengelakkan keguguran rambut.

Gamat mempunyai kesan meningkatkan pengaliran darah. Ia juga dapat membantu meredakan masalah ekzema pada kulit kepala. Kesan penumbuhan sel turut memainkan peranan untuk penjagaan rambut. Kajian klinikal menunjukkan dengan meningkat HGH pada tahap yang optima selama 6 bulan mampu menumbuhkan semula rambut pada 38% tahap kejayaan. Spirulina membekalkan nutriens seperti Zn khusus untuk keperluan sel rambut yang sedang dalam proses tumbuh semula.

Disyorkan :

Pati Gamat Plus Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
(Peringatan: Jika anda ada alahan pada perisa Oren, sila gunakan Pati Gamat Plus)
(Elok dimakan ½ jam selepas Bioseed - jika ada mengambil produk Bioseed)

Rambut di cuci setiap hari menggunakan Syampu Gamat eMas

Losyen dan Krim Gamat eMas boleh diurutkan ke bahagian yang botak pada sebelah malam. Esoknya perlulah dicuci bersih

C3 Spirulina 1 sudu besar 2 kali sehari
(1 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)

Bio-H mengikut keperluan umur - makan sebelum tidur dalam keadaan perut kosong (tidak makan selama 2 jam) (Boleh dibancuh dengan air biasa iaitu air mineral suhu bilik atau air soya sejuk)

Kelemumur

Kelemumur di kepala boleh disebabkan oleh jangkitan fungus atau tindakbalas seborrheic dermatitis bagi sesetengah individu. Cucian rambut yang sempurna setiap hari dapat membantu. Gamat mempunyai kesan antifungal dan dapat meredakan masalah hipersensitiviti disebabkan oleh dermatitis.
Disyorkan :

Cucian rambut setiap hari menggunakan Syampu Gamat eMas atau Buih Mandian eMas

Losyen Gamat eMas boleh dilumur pada kulit kepala dan dibiarkan semalaman. Dicuci keesokkan harinya

C3 Spirulina memberi zat kepada sel rambut. Gunakan 1 sudu besar 3 kali sehari
(1 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong-bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)

Keputihan

Keputihan wanita sering disebabkan oleh infeksi terutamanya jika ianya berwarna kuning atau kehijauan dan berbau busuk (hanyir). Sementara keputihan yang ketara seperti 'cheese curds' yang terasa gatal disebabkan oleh jangkitan fungus (Candida). Kes sebegini memerlukan rawatan doktor (antifungal / antiparasitik).

Walaubagaimanapun pada kes yang ringan, penggunaan gamat turut dapat meredakan keputihan dari dalaman. Ia turut meredakan masalah radang dan gatal pada bahagian sulit wanita. Sementara pegaga pula membantu pengecutan rahim dengan sempurna dan mengeluarkan dan membersihkan keputihan darinya.

Disyorkan :

Pati Gamat Plus Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
(Peringatan: Jika anda ada alahan pada perisa Oren, sila gunakan Pati Gamat Plus)
(Elok dimakan ½ jam selepas Bioseed)

Bioseed 1 paket 2 kali sehari
(Makan ½ jam sebelum makan pagi dan malam dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)

Buih Mandian eMas digunakan untuk cucian wanita

Krim Gamat eMas disapukan di bahagian luar alat sulit wanita

G-Cafe Pegaga 2-3 cawan sehari

Kejang Otot

Cramp atau kejang otot kerap berlaku diwaktu malam terutamanya selepas senaman yang mendadak (tanpa warming up). Kadangkala ia merupakan tanda-tanda penyakit contohnya kekurangan zat galian (kekurangan sodium), otot yang kurang bekalan oksigen (muscle ischemia), penyakit otot dan saraf (myopathy, motorneuron disease). Ianya juga boleh berlaku ketika mengandung dan badan kehilangan air (dehydrasi). Pemeriksaan doktor diperlukan untuk mengetahui punca cramp tersebut.

Ekstrak gamat yang diformulasikan mempunyai kandungan zat mineral yang boleh memulihkan keadaan ketidakseimbangan elektrolit dalam darah. Disamping itu ia bertindak mengurangkan inflammasi otot dan mencegah kesakitan disebabkan oleh kejang otot. Gamat mempunyai kesan vasodilatasi yang melancarkan pengaliran darah dan oksigen ke otot. C3 Spirulina juga mengandungi zat dan mineral yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan otot yang sihat.

Disyorkan :

Pati Gamat Plus / Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
(Elok dimakan ½ jam selepas Bioseed)

Bioseed juga boleh diamalkan sekurang-kurangnya 1 paket sehari
(Makan ½ jam sebelum makan dan minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)

C3 Spirulina 1 sudu besar 2-3 kali sehari
(1 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)

Linimen eMas disembur pada otot yang kejang dan sakit

Krim Urut eMas diurutkan pada otot yang berkenaan (yang sakit)

Ketumbuhan / Kanser

Ketumbuhan atau tumor dikatakan sebagai kanser jika ianya memberi kesan buruk kepada badan. Kanser terbahagi kepada pelbagai jenis seperti kanser kulit (melanoma), darah (leukemia), kelenjar (lymphoma), buah dada, paru-paru, usus, rahim, tulang dll. Tahap seriusnya sesuatu kanser itu bergantung kepada penyebaran (metastasis) ke organ lain di dalam badan. Jika pada peringkat kanser sudah merebak, kebiasaannya rawatan radio atau chemoterapi adalah diperlukan. Kanser adalah penyakit yang serius dan boleh membawa maut, oleh itu pemeriksaan dan rawatan doktor janganlah diabaikan. Lebih awal mendapat rawatan, lebih cerah peluang untuk sembuh.

Gamat mempunyai kesan lawan radang yang boleh menyurutkan bengkak. Kajian awal dari UKM menunjukkan sel-sel kanser (seperti kanser payudara dan usus) yang dibawa keluar dari badan dapat dimusnahkan dengan menggunakan ekstrak gamat. Kajian in vitro ini tidak lah dapat disamakan dengan kajian in vivo atau dalam badan. Di samping itu produk gamat eMas dapat membantu dari segi kualiti kehidupan seseorang pesakit kanser. Ia membantu memberi tenaga, mengurangkan sakit dan menambahkan selera. Setelah pembedahan atau rawatan radio/chemoterapi misalnya, gamat sesuai diamalkan.

C3 Spirulina juga berfaedah dari segi memberi khasiat nutrisi kepada badan pesakit kanser yang sememangnya sudah lemah. Kandungan antioksidan yang lengkap dan koenzim Q10 telah di buktikan melalui kajian saintifik membantu pesakit kanser. Malah koenzim Q10 turut didapati membantu mengatasi kesan sampingan pesakit yang menjalani rawatan kemoterapi.

Disyorkan :

Pati Gamat Plus Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
(Peringatan: Jika anda ada alahan pada perisa Oren, sila gunakan Pati Gamat Plus)
(Elok dimakan ½ jam selepas Bioseed)

Bioseed 1 paket 2 kali sehari
(Makan ½ jam sebelum makan pagi dan malam dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)

C3 Spirulina 2 sudu besar 3 kali sehari
(2 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)

Gel Gamat eMas boleh disapu kepada sebarang luka atau parut pembedahan

Kembung

Kembung dan angin kadangkala wujud apabila sistem penghadaman mempunyai masalah seperti radang perut, ketidak seimbangan kuman baik/jahat dalam usus, sembelit dll.

Bioseed mengandungi Lactobacillus (caseii, bifidus dan acidophillus) yang boleh membiak dalam usus dan mengawal perkembangan kuman baik dalam usus. Plantago ovata pula dapat melawaskan di samping mencuci usus sementara ulmus fulva mengikat toksik. Anda disyorkan makan makanan berserat tinggi dan air yang mencukupi. Sementara makanan pedas berempah, masam dan berangin perlulah dielakkan. Klorofil membantu dengan membantutkan pertumbuhan kuman dan parasit di dalam usus. Sementara spirulina pula melawaskan di samping meningkat kadar mikro organisma berfaedah di dalam usus.

Disyorkan :

Bioseed 1 paket 2 kali sehari
(Makan ½ jam sebelum makan pagi dan malam dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)

Pati Gamat Plus 1 sudu besar 2 kali sehari
(Elok dimakan ½ jam selepas Bioseed)

C3 Spirulina 1 sudu besar 3 kali sehari
(1 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)

Krim Urut eMas boleh diurutkan ke perut (jika perlu)

Kencing Manis

Kencing manis atau diabetes mellitus merupakan sejenis penyakit yang dapat menimbulkan pelbagai jenis komplikasi seperti kebas kaki dan tangan, luka yang sukar sembuh, immuniti badan yang rendah, sakit buah pinggang kronik, sakit jantung, mati pucuk, stroke, buta dll. Faktor umur, kekeluargaan dan pemakanan memainkan peranan penting. Tanda-tanda awal seseorang menghidapi kencing manis ialah kerap dahaga, kerap kencing, menjadi kurus, sentiasa letih, gatal-gatal badan dan sering terjadi bisul. Anda perlulah mendapat pemeriksaan dan rawatan dari doktor. Penjagaan makanan seperti benda yang manis, karbohidrat yang berlebihan perlu dielakkan sementara serat dari sayuran dan oats perlu ditambah.

Gamat ditunjukkan memberi kesan positif kepada pesakit kencing manis. Kepada mereka yang serasi, keberkesanan gamat cukup menyerlah. Ia dapat melebarkan salur darah yang tersumbat dan membaik pulih masalah dalaman. Luka mudah sembuh jika dijaga dengan teliti. C3 Spirulina pula mengandungi Vit B6, Magnesium dan zink yang membantu mengelakkan kerosakan sel-sel pankreas. Koenzim Q10 juga melindungi pankreas dari proses oksidasi di samping memberi kesan yang positif untuk menurunkan paras gula. Perlu diingatkan di sini, ubat doktor janganlah ditinggalkan. Jika anda mencuba produk kami, dapatkan rawatan ulangan dengan doktor anda dengan lebih kerap. Sekiranya paras gula anda menurun, doktor anda akan sendirinya menurunkan dosis ubat kencing manis anda. Dan jangan lupa untuk bersenam.

Disyorkan :

Pati Gamat Plus 1 sudu besar 2 kali sehari
(Elok dimakan ½ jam selepas Bioseed)

Bioseed 1 paket 2 kali sehari
(Makan ½ jam sebelum makan pagi dan malam dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)

C3 Spirulina 2 sudu besar 3 kali sehari (dos mengikut tahap serius penyakit)
(2 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)

Gel Gamat eMas disapukan ke luka 3 kali sehari (luka basah)

Jika perlu sesekali semburkan dengan Minyak Linimen eMas

Buih Mandian boleh dibuat sebagai pencuci luka

Lembab

Kecerdasan minda kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran. Faktor dalaman pula yang paling penting ialah wujudnya tahap asid dokosaheksanoik yang mencukupi bagi perkembangan otak mereka. Kanak-kanak yang kurang asid ini bukan sahaja mempamerkan daya ingatan yang rendah malah fikiran abstrak seperti membuat kiraan matematik turut terjejas. Ia juga penting untuk menghasilkan sejenis bahan kimia acethycholine yang bertanggungjawab untuk meningkatkan daya ingatan. Di samping itu asid dokosaheksanoik juga begitu penting untuk pergerakkan maklumat di dalam saraf samada di antara sel-sel saraf dan juga dari sudut gelombang saraf yang pantas. Jurnal perubatan menerbitkan rencana memaparkan kanak-kanak yang lembab mempunyai hubungkait yang terus dengan kekurangan asid dokosaheksanoik di dalam badan mereka.

Disyorkan :

Bio-B 1-2 paket sehari di waktu sarapan
(Dibancuh dengan air masak seperti membuat air Milo. Boleh juga dicampur dengan air Milo atau apa sahaja minuman lain yang bersesuaian)

Di gabungkan dengan C3 Spirulina bagi membekalkan nutriens yang seimbang bagi keperluan tumbesaran mereka (1 sudu dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)

Lemah & Letih

Keadaan letih atau tiada tenaga boleh disebabkan oleh faktor usia, kencing manis, demam, gastrik/kembong, depressi/tekanan perasaan, kurang darah, masalah thyroid dll. Anda digalakkan menjalani pemeriksaan doktor jika perasaan letih ini berpanjangan. Gamat diketahui boleh meningkatkan metabolisme maka boleh menghasilkan tenaga untuk mengatasi masalah letih tadi. Ini sangat berkesan terutamanya kepada golongan yang berumur dan pesakit yang baru pulih dari penyakit yang serius. Gamat juga dikatakan boleh meningkatkan libido dan tenaga batin. Vitamin dan zat galian dalam produk gamat kami juga boleh membantu mereka yang kekurangan darah contohnya. C3 spirulina juga mengandungi komponen yang bukan sahaja meningkatkan metabolisme malah membantu menjana tenaga. Koenzim Q10 amat penting untuk mengaktifkan ATP (adenosine triphosphate) yang merupakan tenaga bagi peringkat sel. Ia nya bertindak seolah sparkplug kepada enjin badan untuk menghasilkan tenaga. Bio-H pula meningkatkan tahap tenaga dan prestasi senaman. G-cafe turut membantu di sini dengan memberi kesan stimulasi supaya sentiasa cergas.
Disyorkan :

Pati Gamat Plus / Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
(Elok dimakan ½ jam selepas Bioseed)

C3 Spirulina 1 sudu besar 3 kali sehari
(1 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)

G-Cafe Ubi Jaga Light / Extra Power / Pegaga 3-4 paket sehari

Bio-H 1-2 paket sebelum tidur dalam keadaan perut kosong (tidak makan selama 2 jam)
(Boleh dibancuh dengan air biasa iaitu air mineral suhu bilik atau air soya sejuk)

Mati Pucuk

Masalah sukar untuk mencapai atau mengekalkan ereksi dipanggil mati pucuk. Ianya boleh disebabkan oleh stress, penuaan dan oleh penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, salurdarah tersumbat dll. Anda digalakkan untuk sentiasa bersenam untuk melancarkan pengaliran darah ke seluruh badan dan amalkan kehidupan yang tenang. Dan jangan merokok.
Gamat membantu dari kesan vasodilatasinya iaitu mengembangkan salurdarah dan melancarkan pengaliran darah. Di samping itu ia meningkatkan metabolisme dan memberi tenaga lebihan yang diperlukan. Gamat ada juga kesan penenang untuk membantu mereka yang stress. C3 Spirulina mengandungi khasiat seimbang yang mana vitamin A, B kompleks, E, zink dan selenium membantu meningkatkan keupayaan seks. Kesan anti oksidans membantu mengatasi masalah penyumbatan salurdarah. Bio-H mengandungi Arginine yang turut di kenali sebagai 'viagra traditional' turut membantu. Ujikaji menunjukkan 2.5g Arginine (2 paket Bio-H mencukupi) jika di makan selama 2 minggu dapat membantu mengatasi kebanyakan masalah mati pucuk. Peningkatan HGH juga membina semula kandungan hormon lelaki (testosteron) di samping meningkatkan kenikmatan hubungan seksual. Ubi jaga di dalam G-café juga mempunyai kesan melancarkan pengaliran darah yang mana dikatakan mempunyai kesan mengatasi mati pucuk beberapa kali ganda lebih hebat dari Tongkat Ali.

Disyorkan :

Pati Gamat Plus / Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
(Elok dimakan ½ jam selepas Bioseed)

Bioseed 1 kali sehari untuk mengekalkan kesihatan
(Makan ½ jam sebelum makan dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)

C3 Spirulina 1 sudu besar 3 kali sehari
(1 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)

Bio-H 2 paket dimakan sebelum tidur dalam keadaan perut kosong (tidak makan selama 2 jam)
(Boleh dibancuh dengan air biasa iaitu air mineral suhu bilik atau air soya sejuk)

G-Cafe Ubi Jaga Light / Extra Power 3-4 paket sehari

Gel Gamat eMas boleh membantu mengelakkan ejakulasi premature (disapu pada bahagian sulit)

Migraine / Sakit Kepala

Migraine merupakan sakit kepala yang berulang-ulang disebabkan oleh sesuatu sebab. Trigger factor (faktor penyebab) migraine berkemungkinan faktor hormon seperti ketika datang haid, mengamalkan pil perancang, faktor persekitaran seperti suhu yang terlalu panas atau sejuk, cahaya terlalu terang atau bunyi yang terlalu bising, faktor stress seperti kurang tidur, tension, banyak memikir dll., faktor pemakanan seperti makanan masam (jeruk, buahan sitrus), makanan berperisa/perasa/pengawet/pewarna tiruan (ajinomoto, maggi mee), makanan mempunyai xanthine (cokelat), makanan tenusu (keju, susu), minuman berkafein (kopi, nescafe, coca-cola), makanan yang unik untuk individu (pulut, mee kuning, durian, buah pala) dll. Untuk mengelakkan migraine, faktor penyebab perlulah dikenalpasti dan dielakkan. Anda dinasihatkan untuk mendapat pemeriksaan doktor untuk mengenalpasti punca sakit kepala selain dari di atas.

Gamat dapat mengurangkan sakit, melancarkan pengaliran darah di otak dan bagi kes yang serasi dapat menghindari migraine dan adakalanya menyembuhkannya. Kesan mengurangkan proses auto intoksikasi oleh Bioseed turut membantu dengan menghindari penyerapan semula toksin yang boleh mengakibatkan serangan migraine. Sementara kandungan koenzim Q10 di dalam C3 spirulina juga membantu menyelesaikan masalah migraine kronik.

Disyorkan :

Pati Gamat Plus / Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
(Elok dimakan ? jam selepas Bioseed)

Bioseed 1 paket 2 kali sehari
(Makan 1/2 jam sebelum makan pagi dan malam dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)

C3 Spirulina 1 sudu besar 3 kali sehari
(1 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)

Krim Urut eMas di sapu perlahan pada pangkal leher atau sudut kepala

Mulut (Ulser)

Ulser mulut selalunya disebabkan oleh virus bernama Herpes simplex type 2. Ia akan menyerang apabila keadaan immuniti seseorang itu rendah seperti ketika sakit demam selsema, kencing manis, ketika datang haid, stress dll. Ulser mulut juga boleh disebabkan oleh trauma seperti tergigit, kecederaan dll.

Secara am, aplikasi gamat kepada ulser tadi akan meredakan sakit dengan cepat. Di samping itu ia akan mengurangkan radang dan menyurutkan bengkak. Gamat dan gabungan vitamin antioksidans juga dapat membantu meningkatkan daya tahan seseorang. Kesan membaikpulih luka dengan cepat turut membantu. Peningkatan HGH juga dikaitkan dengan peningkatan daya tahan tubuh. Kandungan kolostrum di dalam Bio-H turut bertindak sebagai antibiotik semulajadi. C3 Spirulina juga mempunyai kehebatan menyeluruh untuk meningkatkan daya tahan seseorang.

Disyorkan :

Pati Gamat Plus Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
(Peringatan: Jika anda ada alahan pada perisa Oren, sila gunakan Pati Gamat Plus)
(Elok dimakan 1/2 jam selepas Bioseed - jika ada mengambil produk Bioseed)

Bio-H 1-2 paket sehari makan sebelum tidur dalam keadaan perut kosong (tidak makan selama 2 jam)
(Boleh dibancuh dengan air biasa iaitu air mineral suhu bilik atau air soya sejuk)

C3 Spirulina 1 sudu besar 3 kali sehari
(1 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)

Gel Gamat eMas disapu pada ulser tersebut setiap 2 jam (ianya tidak pedas dan mudah digunakan pada kanak-kanak)

Parkinson

Pesakit Parkinson sering menunjukkan tanda menggeletar, kaku dan pergerakan yang perlahan. Ia disebabkan oleh degenerasi bahagian otak yang tidak lagi dapat menghasilkan dopamine iaitu sejenis neurotranmiter. Puncanya mungkin disebabkan oleh kecederaan di otak ataupun pendedahan otak kepada bahan toksin yang akhirnya boleh melumpuhkan pesakit tersebut. Rawatan akan diberi dengan memberi ubat yang boleh menggantikan dopamine.

Rawatan alternatif sedang giat dijalankan bagaimana menggunakan HGH untuk merawat Parkinson. Gamat membantu dari kesan penenang dan membaik pulih tisu dalaman di samping melancarkan pengaliran darah ke otak. Sementara Bioseed dan C3 Spirulina pula membantu untuk membuang toksin dari usus dan darah. Komponen Koenzim Q10 juga di buktikan melalui kajian saintifik mampu membantu mengatasi masalah Parkinson dan penyakit saraf yang lain seperti Alzheimer, cerebellar ataxia dan muscular dystrophy.

Disyorkan :

Bio-H 1 paket 3 kali sehari pada perut kosong (tidak makan selama 2 jam)
(Boleh dibancuh dengan air biasa iaitu air mineral suhu bilik atau air soya sejuk)

Pati Gamat Plus Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
(Peringatan: Jika anda ada alahan pada perisa Oren, sila gunakan Pati Gamat Plus)
(Elok dimakan 1/2 jam selepas Bioseed)

Bioseed 1 paket pagi dan petang
(Makan 1/2 jam sebelum makan pagi dan petang dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)

C3 Spirulina 1 sudu besar 3 kali sehari
(1 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)

;;