Ini sebahagian produk-produk yang terdapat dalam GAMAT eMAS SDN BHD. Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi saya Suriati@Sue di talian 0136290122.

GAYA HIDUP EMAS
Kod SET GHE02
Harga/Price(Runcit): RM519.00

G-CAFE BARU ( Plus Ubi Jaga & Gamat)

Keunggulan :
* Kombinasi ramuan gamat dan ubi jaga yang di adun dengan kopi Arabica yang bermutu tinggi
* 4 kali lebih tinggi bahan antioksidan berbanding teh
* Rasa yang enak lagi hebat serta aroma yang unik

Fungsi Istimewa :
* Memulihkan sel tubuh
* Hilang tekanan
* Tingkatkan prestasi mental & fizikal
* Meningkatkan tenaga
* Melancarkan peredaran darah
* Kurangkan pembentukan batu karang dalam hempedu
* Mengurangkan risiko kanser usus
* Merendahkan risiko penyakit hati & parkinson
* Menguatkan otot dan saraf

Tatacara Penggunaan :
* 2 paket sehari

BIOSEED ( Detox dan Pencegahan )

Keunggulan :
* Penjanaan kesihatan usus
* Peranan 5 hala : Membersih, Mencegah,Melindungi, Membuang dan Menyembuh
* Asas pengalaman pemakanan tambahan
* Kandungan semulajadi

Fungsi Istimewa :
* Mencuci usus bagi penyerapan optima dan mengelakkan peracunan diri
* Menstabilkan kolesterol dan gula dalam darah
* Mengelakkan jangkitan
* Membantu penghadaman
* Mengikat dan membuang toksin
* Penyembuhan dalaman usus

Tatacara Penggunaan :
* 1 sachet sebelum sarapan
* Bancuh dengan air/susu/air soya sejuk
* Minum air sekurangnya 8 gelas sehari

PATI GAMAT PLUS VITA ( Pemulihan Dalaman )

Keunggulan :
* 100% ekstrak gamat emas tulen (Stichopus Hermanii)
* Tidak berbau dan enak
* Steril dan bersih
* Formulasi mantap
* Kandungan vitamin E dan kollagen tinggi

Fungsi Istimewa :
* Faktor penumbuhan sel baru / penyembuhan luka dalaman
* Anti thrombotik (mengelakkan darah beku)
* Vasodilatasi (melancarkan pengaliran darah)
* Penahan sakit semulajadi
* Anti histamina (melawan alahan, resdung dan asthma)
* Meningkatkan metabolisma dan tenaga
* Awet muda
* Anti inflamasi (lawan radang)
* Mengawal kolesterol dan gula
* Menyihatkan sendi / urat
* Anti kulat (fungus)

Tatacara Penggunaan :
* 1 sudu besar sebelum makan malam

C3 SPIRULINA ( Melengkap dan Memangkin )

Keunggulan :
# Lengkap nutrisi 100% (Vitamin, Garam galian, zat pemakanan)
# Formulasi terhebat gabungan 3C (Chlorophyll, Vitamin C, Coenzym Q10)
# Spirulina berkualiti tinggi
# Tahap penyerapan (bio-availabiliti) 98%
# Rasa yang enak

Fungsi Istimewa :
# Melengkapkan keperluan zat nutrisi badan
# Membersih dan membina darah
# Anti oksidan yang lengkap
# Memangkinkan tindakbalas penghasilan tenaga
# Mengekalkan prestasi fungsi badan

Tatacara Penggunaan :
# 1 sudu besar 2 kali sehari
# Dibancuh dengan 125ml air sejuk / kurang dari 40 darjah calcius
# Minum ketika makan tengahari dan malam

BIO-H ( Mengekalkan dan Regenerasi )

Keunggulan :
* Formulasi terbaik merangsang perembesan Hormon Tumbesaran (HGH)
* Berdasarkan lebih dari 28,000 kajian klinikal seluruh dunia
* Kesan semulajadi (tiada suntikan)
* Bebas kesan sampingan atau lebihan dos

Fungsi Istimewa :
* Anti penuaan HGH
* Mengembalikan fungsi badan
* Meningkatkan sistem immune
* Mengatasi mati pucuk

Tatacara Penggunaan :
* 1-2 sachet sebelum tidur
* Larutkan dalam 100ml air sejuk / kurang dari 40 darjah calcius
* Makan pada perut kosong (2 jam sebelum dan selepas)
* Amalkan senaman, lebihkan serat, tidur secukupnya, kawalkan berat badan
* Disyorkan untuk 28 tahun ke atas

PRODUK-PRODUK PENJAGAAN KESIHATAN

Bioseed
Kod : 007
Harga/Price(Runcit): RM110.00
Kandungan : 30 sachet / 5 gm

Bioseed merupakan sejenis minuman serat berkhasiat yang membantu menjaga kesihatan sistem penghadaman dengan sempurna. Ia mengandungi Plantago Ovata yang berkesan untuk membersihkan usus dari sisa toksin yang terkumpul supaya ia tidak diserap semula ke dalam badan. Ia juga membantu mengawal kolesterol dan mengimbangi paras gula dalam darah. Probiotik pula merupakan bakteria baik dari spesis Lactobacillus Acidophilus, L. bifidus dan L. casei. Mikroorganisma ini melindungi usus dari kuman perosak di samping membantu proses penghadaman dan sintesis zat seperti enzim, asid amino dan vitamin. Ulmus Fulva pula membantu menyihatkan dinding usus dan menyerap toksin untuk dikumuhkan.

Sementara ekstrak gamat dipercayai secara tradisional membantu menyembuhkan luka di samping membaik pulih tisu badan. Secara am, Bioseed melawaskan dan membantu menghindari penyakit usus dan gejala yang berkaitan dengannya.

Kandungan
Plantago Ovata, Probiotik, Ulmus Fulva, ekstrak Gamat dan Fruktosa

Bioseed is a nutritional fibre drink which helps to restore the health of the digestive system. It contains Plantago Ovata that effectively cleanses the colon from unwanted toxin residues thus avoiding them from being reabsorbed into the body. It also helps to regulate the cholesterol and blood sugar level. It is combined with Probiotics from Lactobacillus Acidophilus, L. bifidus and L. casei species.These friendly microorganisms defend the host from destructive bacteria and promote digestion and the synthesis of nutrients ie enzymes, amino acids and vitamins. Ulmus Fulva helps to neutralize the toxins in the digestives tract besides promoting healthy intestinal wall.

Meanwhile Gamat as believed traditionally helps to promote wound healing and repair damaged body tissues. In general, Bioseed eases the colon and helps to overcome the diseases associated with it.

Ingredients
Plantago Ovata, Probiotics, Ulmus Fulva, Gamat extract and Fructose

Bioseed Enzim Plus
Kod 006
Harga/Price(Runcit): RM55.00
Kandungan : 10 sachet / 6gm

Satu formulasi asal Bioseed yang dimantapkan dengan tambahan Digeseb Super Enzim yang mengandungi enzim penghadaman penting seperti Amilase, Protease I, Protease II, Protease III, Lipase, Lactase, Cellulase, Maltase, Sucrase, Bromelain dan Peptyzime SP.

Ia berfungsi membantu penghadaman protein, karbohidrat dan lemak secara optima untuk penghadaman yang lebih sihat dan sempurna.

Kandungan
Plantago Ovata, Probiotik, Ulmus Fulva, ekstrak Gamat, Digeseb Super Enzim dan Fruktosa.

The original formulation for Bioseed is enhanced by adding Digeseb Super Enzyme which contains important enzymes such as Amylase, Protease I, Protease II, Protease III, Lipase, Lactase, Cellulase, Maltase, Sucrase, Bromelain and Peptyzime SP.

Assist the optimum breakdown of proteins, carbohydrates and fats for a more complete and healthy digestion process.

Ingredients
Plantago Ovata, Probiotics, Ulmus Fulva, Gamat extract, Digeseb Super Enzyme and Fructose.


C3 Spirulina
Kod 005
Harga/Price(Runcit): RM68.00
Kandungan : 500ml

* Mengandungi adunan unik zat nutrisi dengan faktor pelindung yang mampu membantu meningkatkan tahap kesihatan anda.
* Ia membersih, menstabil dan menyihatkan keseluruhan tubuh badan.
* Mengandungi Vitamin C, Koenzim Q10 dan Klorofil, menjadikan ia unggul dan lengkap.
* Memiliki kadar penyerapan yang tinggi sesuai untuk keperluan pemakanan kesihatan anda.

Kandungan
Pati Spirulina, Klorofil, Asid Askorbik, Koenzim Q10 dan Fruktosa

* A unique blend of nutriens with protective factors able to help enhance your body health.
* It purifies, stabilizes and nourishes the human body simultaneously.
* Contains Vitamin C, Coenzym Q10 and Chlorophyll, making it a superior concentrated whole food source.
* High bio-availability that will be a perfect choice to compliment your health needs.

Ingredients
Phaseolus Vulgaris extract, Conjugated Linoleic Acid, L-Carnitine, Garcinia Cambogia, Chromium, Lecithin, Malt, Multivitamin and minerals (Vitamin A, B1, B2, B3, B6, B12, C, E, D, Biotin, Folic Acid, Copper, Magnesium, Molybdenum, Selenium, Potassium, Zinc and Iodine)


Pati Gamat Vita (Oren)
Kod 001
Harga/Price(Runcit): RM57.00
Kandungan : 350 ml

Diperkaya dengan Beta-Karotin (Pro-Vitamin A) dan berperisa oren. Dihasilkan dari ekstrak gamat yang kaya dengan protein, mukopolisakarida dan garam galian.

Sesuai diamalkan sebagai pemakanan tambahan bagi tujuan kesihatan.

Kandungan
Pati Gamat Tulen, Pati Oren, Beta-Karotin, Vitamin B1 & B6, Fruktosa dan Air Nyah-Ion

Enriched with Beta-Carotene (Pro-Vitamin A) and orange flavoured. Produced from Gamat (sea cucumber) extract enriched with proteins, mucopolysaccharide and minerals.

Suitable to complement the body towards a better health.

Ingredients
Purified Gamat extract, Orange concentrate, Beta-Carotene, Vitamin B1 & B6, Fructose and Deionized Water.


Pati Gamat Plus (Pandan)
Kod 002
Harga/Price(Runcit): RM54.00
Kandungan : 350 ml

Diperbuat daripada ekstrak gamat yang diproses secara saintifik. Mengandungi formula semulajadi tanpa bahan kimia yang berbahaya dan kaya dengan peptida kompleks, mukopolisakarida, vitamin, zat galian dan asid amino bebas.

Sesuai diamalkan sebagai pemakanan kesihatan dengan segala khasiat gamat untuk semua peringkat umur.

Kandungan
Pati Gamat Tulen

Prepared from scientifically processed Gamat extract. It is naturally formulated without any dangerous chemical substance and enriched with peptides, mucopolysaccharides, vitamins, minerals, and free amino acids.

Suitable to complement your body with all the goodness of Gamat for all age group.

Ingredients
Purified Gamat extract


BIO-H
Kod 004
Harga/Price(Runcit): RM228.00
Kandungan : 20 sachet / 8gm

* Merupakan formulasi semulajadi bebas gula dan lemak.
* Mengandungi faktor perangsang rembesan HGH (Hormon Tumbesaran) dari kelenjar pituitari.
* Membantu meningkatkan tahap tenaga.
* Meningkatkan daya tahan tubuh badan.
* Mengembalikan masa keremajaan anda.

Kandungan
Kolostrum, Arginin, Glutamin, Fosfatidilkolin, Niasin, ekstrak Gamat, Asid Askorbik dan perangsang yang lain seperti Lysine, Glysine, Triptofan dan Vitamin B6

* A natural sugar and fat free formulation.
* Containing secretagogues that stimulate the secretion of HGH (Human Growth Hormone) by the anterior pituitary gland.
* Helps to enhance the energy level.
* Helps to boost the body imunity.
* Restoring the body youthfulness.

Ingredients
Colostrum, Arginine, Glutamine, Phosphatidylcholine, Niacin, Gamat extract, Ascorbic Acid and other enhancers ie Lysine, Glysine, Trytophan and Vitamin B6


BIO-B PLUS
Kod 008
Harga/Price(Runcit): RM72.00
Kandungan : 20 sachet / 10gm

Pada zaman moden yang serba mencabar ini, segalanya amat kompetitif. Anda pasti inginkan yang terbaik untuk anak-anak anda. Sebagai ibubapa, anda boleh membantu mereka menjana kesihatan dan prestasi akademik melalui pemakanan tambahan yang sempurna. Hal ini penting, kerana badan yang sihat akan melahirkan minda yang cerdas seterusnya akan memastikan pula prestasi akademik yang cemerlang di kalangan anak anda.

Bio-B sudahpun terbukti membantu ke arah minda yang cerdas dan tumbesaran yang sihat bagi kanak-kanak. Kini Bio-B sedang merintis satu reformasi, yang menyaksikan peningkatan terhadap kualiti dan kuantiti produk ini. Dikenali sebagai Bio-B plus, produk ini diformulasikan dengan beberapa ramuan istimewa yang berupaya menyerlahkannya sebagai pilihan makanan tambahan terbaik khusus bagi kanak-kanak di abad ke-21 ini.

Di samping DHA (asid dokosaheksanoik) yang membantu tumbesaran otak, lysine (memulihkan selera kanak-kanak yang memerlukannya), ekstrak Gamat, multivitamin dan mineral yang memenuhi keperluan nutrien seimbang bagi tumbesaran yang sihat, Bio-B plus kini di formulasikan dengan penambahan Kolostrum, Ekstrak Bilberi dan Alamin. Ramuan istimewa ini dapat meningkatkan lagi keberkesanan khasiat Bio-B plus dengan lebih mantap bagi memastikan kesihatan dan kecerdasan anak anda terjaga.

Kami yakin dengan penambahan ketiga-tiga komponen di atas yang menjadikan berat sachet Bio-B meningkat dari 5 gram kepada 10 gram, ibubapa yang inginkan sumber pemakanan kesihatan yang lengkap bagi anak mereka akan mendapat ganjaran yang terbaik bagi nilai wang mereka. Berilah anak anda segala khasiat Bio-B plus hari ini. Mereka pasti tertawan dengan rasa dan aroma coklat yang lazat menambat selera. Sesungguhnya, formulasi mantap ini secara tidak langsung akan membantu tunas generasi masa hadapan kita membesar dengan cerdas, sihat dan ceria sentiasa. Bio-B plus, satu lagi produk bermutu dan inovatif dari GESB. Nantikan kehadirannya di pasaran!.


FEMMINA
Kod : 500
Harga/Price(Runcit): RM80.00
Kandungan : 60 Kapsul Sayuran

Femmina ialah sejenis pemakanan tambahan unik yang menggabungkan formulasi terkini terdiri daripada 3 sumber phytoestrogen semulajadi dari 3 buah negara berasingan iaitu Pueraria mirifica (Thailand), Labisia pumila (Malaysia) dan Asparagus racemosus (India).

Khasiat phytoestrogen adalah satu anugerah kepada wanita kerana ia bertindak seperti estrogen iaitu hormon wanita yang menyokong kesan estrogenik kepada organ khusus wanita seperti payudara, rahim dan ovari. Bagi wanita yang berumur, mereka akan mengalami perubahan dramatik disebabkan oleh penurunan tahap estrogen. Sistem dan fungsi tubuh badan akan menurun yang seterusnya akan memberi perubahan dari sudut fisiologi dan psikologi.

Phytoestrogen membantu dengan memperbetulkan kekurangan estrogen dan mengembalikan kestabilan hormon. Faedahnya dapat melindungi wanita dari penyakit kardiovaskular, meredakan kesan putus haid seperti mengurangkan rasa panas badan, mengatasi kekeringan faraj dan kencing tidak terkawal, menghindari perubahan mood, mengembalikan fungsi dan keinginan seksual, melindungi dari osteoporosis dan mencantikkan kulit.

Phyto bermaksud tumbuhan. Ianya selamat dan memiliki pelbagai khasiat kesihatan. Kesan awet mudanya akan menyerlah dan menyerikan sifat-sifat kewanitaan pengamalnya di samping memastikan kecantikan kulit sentiasa terpelihara.

PUERARIA MIRIFICA

Tumbuhan herba yang berasal dari Thailand dan Myanmar ini dikatakan sebagai herba awet muda adaptogenik yang mengandungi sehingga 13 jenis unsur kimia yang diklasifikasikan sebagai phytoestrogen antaranya miroestrol, daidzein, genistin, genistein, B-sitosterol, coumestrol, pueraria, compestrol, mirificoumestan, kwakhurin dan mirificin.

Seperti yang diwartakan oleh Luang Anusan Suantara pada tahun 1931, Pueraria mirifica berupaya:

Memberi khasiat awet muda
Berkesan membasmi kedutan kulit
Menghitamkan uban dan menggalakkan penumbuhan rambut
Mengatasi masalah rabun mata
Membantu menghindari kelemahan daya ingatan
Memberi kesegaran dan membantu ketangkasan pergerakan
Meningkatkan tenaga
Melancarkan aliran darah
Meningkatkan selera makan kepada yang memerlukan
Mengatasi masalah tidur
Kajian dari para saintis telah menemui bukti sokongan bahawa pengambilan harian Pueraria mirifica dapat merendahkan risiko penyakit kardiovaskular secara merendahkan tahap kolesterol darah, melawan kanser payudara dan usus di samping mengatasi gejala menopaus.

Kajian di Thailand juga menunjukkan phytoestrogen yang dikandungi Pueraria mirifica berupaya membesarkan payudara dalam lebih 90% dari wanita yang menggunakannya. Ia mengembangkan tisu lemak dan menegangkan ligament di sekitar payudara yang menyokong bentuknya. Ia memaksimakan aliran darah dan mengekalkan tisu kolagen yang bertindak memberi kemontokkan, keanjalan dan kelembutan payudara.

LABISIA PUMILA

Turut dikenali sebagai Kacip Fatimah, Labisia pumila ialah versi wanita bagi Tongkat Ali di Malaysia. Secara tradisional, ia digunakan untuk meningkatkan daya hidup, mengatasi keletihan dan mengetatkan otot faraj wanita. Yang lebih menarik, ia mengekalkan sifat-sifat kewanitaan.

Kajian menunjukkan Labisia pumila bertindak menyelia reseptor estrogen dan memiliki khasiat phytoestrogen yang memberi faedah kesihatan, antaranya:

Membantu memulihkan kitaran haid yang terganggu seperti ketika mengalami stress ataupun sewaktu mengalami masalah kesihatan dan juga setelah memberhentikan pengambilan pil perancang.
Mengatasi senggugut dan kerengsaan akibat kesakitan haid.
Menstabil, membina dan mengharmonikan sistem peranakan wanita bagi meningkatkan kesuburan.
Memberi keanjalan dan ketegangan payudara dan mengetatkan faraj.
Menyokong pertumbuhan flora dalam rongga peranakan bagi mengelakkan jangkitan dan kerengsaan.
Mengatasi keletihan dan memberi keceriaan emosi.
Meningkatkan tenaga ketika bersenggama.
Mengatasi masalah yang bersangkutan dengan sembelit.
Menghindari masalah kembung
Menegangkan otot perut
Melegakan masalah rheumatik.
ASPARAGUS RACEMOSUS

Asparagus racemosus digunakan secara tradisional untuk merangsang penghasilan hormon wanita. Ia merupakan sejenis phytoestrogen dari India yang dikenali sebagai Shatavari yang membawa erti "100 suami".

Khasiatnya meliputi :

Menggalakkan penghasilan susu ibu
Meningkatkan libido wanita
Membantu mengatasi gejala menopaus dan melegakan sindrom sebelum haid.
Meningkatkan kesuburan secara menyihatkan organ peranakan wanita.
Melembabkan tisu peranakan yang kekeringan.
Memberi kesan awet muda dan menghindari penuaan pramatang.
Di sebalik peranan di atas, Shatavari juga meningkatkan sistem imun, mencerdaskan minda, membantu penghadaman dan meningkatkan tenaga dan kekuatan. Ia turut membantu membersihkan toksin dari darah dan meransang fungsi hati. Shatavari bertindak sebagai antioksidan, melawan stres, mengatasi alahan dan menguatkan otot. Ia gunakan oleh syarikat farmaseutikal bagi merawat batuk, kekurangan air, cirit birit, demam berpanjangan, muntah darah, herpes, asid perut yang berlebihan, ulser perut dll.


G.Cafe Pegaga
Kod 308
Harga/Price(Runcit): RM29.80
Kandungan : 25 sachet / 21gm

Kopi Pracampuran G-Cafe Pegaga diadun dari kopi segera dengan Ekstrak Pegaga dan Ekstrak Gamat. Diperkaya dengan biji kopi arabika segar dan bermutu tinggi digabung dengan kehebatan gamat dan khasiat pegaga yang diadun khusus untuk jaminan kualiti dan kesegaran kopi sebenar. Enak dan aroma yang menyegarkan.

PEGAGA - Khasiat seribu rahsia terkenal sejak dulu, kini dan selamanya.. kesan awet muda dan khasiat dalamannya bagi mengekalkan kecantikan tubuh. Kajian terbukti untuk tingkatkan konsentrasi dan daya ingatan sambil memberi ketenangan minda.

GAMAT - Merupakan penawar bagi membantu penyembuhan luka, melancarkan pengaliran darah dan meningkatkan kesihatan badan.

Kandungan
Kopi Segera, Ekstrak Pegaga, Ekstrak Gamat, Krimer Kurang Lemak dan Gula Halus

G-Cafe Pegaga is premix coffee blended from instant coffee with Pegaga extract (Centella asiatica extract) and Gamat extract (Sea cucumber extract).

This delicious and healthy drink helps to boost energy and promotes blood circulation to enhance mind and body freshness.

Ingredients
Instant Coffee, Pegaga Extract (Centella Asiatica extract), Gamat Extract (Sea cucumber extract), Non Dairy Creamer and Fine Sugar


G.Cafe Ubi Jaga (Light)
Kod 307
Harga/Price(Runcit): RM27.80
Kandungan : 25 sachet / 21gm

Diperbuat dari biji kopi Arabica yang segar dan bermutu tinggi diadun dengan ekstrak gamat dan ubi jaga.

Minuman kesihatan yang enak dan berkhasiat ini membantu meningkatkan tenaga di samping melancarkan pengaliran darah untuk memberi kesegaran kepada minda dan tubuh badan.

Kandungan
Kopi Arabica, Ubi Jaga, ekstrak Gamat, Krimer Rendah Lemak dan Gula

Blended from the finest Arabica beans together with Gamat extract and Smilax Myosotiflora.

This delicious and healthy drink helps to boost energy and promotes blood circulation to enhance mind and body freshness.

Ingredients
Arabica Coffee, Smilax Myosotiflora, Gamat extract, Low Fat Creamer and Sugar


G.Cafe Ubi Jaga Original (Extra Power)
Kod 302
Harga/Price(Runcit): RM22.00
Kandungan : 20 sachet / 21gm

Diperbuat dari biji kopi Arabica yang segar dan bermutu tinggi diadun dengan ekstrak gamat dan ubi jaga.

Minuman kesihatan yang enak dan berkhasiat ini membantu meningkatkan tenaga di samping melancarkan pengaliran darah untuk memberi kesegaran kepada minda dan tubuh badan.

Kandungan
Kopi Arabica, Ubi Jaga, ekstrak Gamat, Krimer Rendah Lemak dan Gula

Blended from the finest Arabica beans together with Gamat extract and Smilax Myosotiflora.

This delicious and healthy drink helps to boost energy and promotes blood circulation to enhance mind and body freshness.

Ingredients
Arabica Coffee, Smilax Myosotiflora, Gamat extract, Low Fat Creamer and Sugar


Ubat Gigi Orogard
Kod 204
Harga/Price(Runcit): RM12.00
Kandungan : 100gm

* Menggabungkan formulasi terkini kombinasi alami yang mencakupi faedah bagi penjagaan mulut, gusi, gigi dan tekak secara berkesan.
* Membantu mencegah kerosakan dan karies gigi, plak gigi, tartar, gigi sensitif, penyakit gusi, nafas berbau serta jangkitan gusi dan mulut.

Kandungan
Isomalt, ekstrak Gamat, ekstrak Kayu Sugi, Sodium Monofluorofostat, perisa Spearmint, Sorbitol, Sodium Saccharin, Gliserin, Silika, Sodium Benzoat, pewarna Gred Biru dan Air

* Combines the latest natural formulation to maximize the benefits to care for the mouth, gums, teeth and throat effectively.
* It helps to prevent tooth decay and caries, dental plaque, tartar, sensitive tooth, gums disease, breath odour and oral infection.

Ingredients
Isomalt, Gamat extract, Salvadora persica extract, Sodium Monofluorophosphate, Spearmint flavour, Sorbitol, Sodium Saccharin, Glycerine, Silica, Sodium Benzoate, color food Grade Blue and Water


Minyak Linimen Gamat
Kod 203
Harga/Price(Runcit): RM23.00
Kandungan : 100ml

* Diformulasikan dengan menggabungkan Pati Minyak Gamat, Menthol, Camphor dan Minyak Eucalyptus.
* Khasiatnya dapat membantu mengurangkan radang dan meredakan bengkak.
* Ia mudah meresap dan sesuai untuk masalah setempat.

Kandungan
Pati Minyak Gamat, Menthol Crystal, Camphor, Minyak Castor, Minyak Eucalyptus dan Air Nyah-Ion

* Formulated using Gamat oil, Menthol, Camphor and Eucalyptus oil.
* It helps to reduce pain, inflammation and swelling.
* It is readily absorbable and more suitable to be applied to a specified area.

Ingredients
Gamat essence, Menthol Crystal, Camphor, Caster oil, Eucalyptus oil and Deionized Water


Krim Urut Gamat
Kod 202
Harga/Price(Runcit):RM20.00
Kandungan : 60ml

* Dirumus menggunakan gamat yang dipercayai secara tradisional dapat mengurangkan lenguh dan sakit otot.
* Dapat memberikan rasa nyaman dan segar selepas diurut.
* Juga dapat membantu masalah luaran yang lain.

Kandungan
Minyak Gamat, Minyak Putih, Menthol, Minyak Eucalyptus, Propil paraben, Metilparaben, Palmitik & Stearik Gliserida dan Air Nyah-Ion

* Formulated with Gamat, traditionally believed to lessen joint and muscular pain.
* It gives you a more relaxing massage, fresh and cooling.
* It is also beneficial for various external problems.

Ingredients
Gamat essence, White oil, Menthol, Eucalyptus oil, Propyl paraben, Methylparaben, Palmitic & Stearic Glycerides and Deionized Water


Krim Gamat (Oil Based)
Kod 200
Harga/Price(Runcit):RM30.00
Kandungan : 60ml

* Diformulasikan dengan ekstrak Gamat, Aloe Vera dan Vitamin E untuk memelihara kecantikan kulit di samping membantu menyembuhkan luka.
* Ekstrak gamat yang kaya dengan kandungan kolagen dan elastin dapat membantu menjana kegebuan dan keanjalan kulit.
* Sesuai digunakan pada muka untuk memelihara kulit muka.

Kandungan
Ekstrak Gamat yang ditulenkan, Asid Stearik, Metilparaben, Isopropil palmitat, Imidazolidinil urea, Aloe Vera dan Vitamin E

* Formulated with Gamat extract, Aloe Vera and Vitamin E to nourish the skin and helps to enhance woundhealing.
* It contains gamat extract enriched with collagen and elastine which helps to maintain the skin smoothness.
* Suits to care for the facial skin.

Ingredients
Purified Gamat extract, Stearic acid, Methylparaben, Isopropyl palmitate, Imidazolidinyl urea, Aloe Vera and Vitamin E


Gel Gamat (Waterbased)
Kod 201
Harga/Price(Runcit): RM28.00
Kandungan : 60ml

* Diformulasikan dari ekstrak gamat yang kaya dengan vitamin dan mineral.
* Membantu melindungi kulit daripada agen persekitaran yang berbahaya serta menguat, melicin dan melembutkan kulit.
* Ia juga dipercayai berkesan ke atas luka, gigitan serangga dan ulser.

Kandungan
Ekstrak Gamat yang ditulenkan, Metilparaben, Karbomer, Allantoin, ekstrak Teh Hijau dan Air Nyah-Ion

* Formulated with Gamat extract which is enriched with vitamins and minerals.
* To protect your skin against the harmful environmental agents, leaving your skin firm, supple and smooth.
* It is believed to help enhance the healing of wound, insect bite and ulcer.

Ingredients
Purified Gamat extract, Methylparaben, Carbomer, Allantoin, Green Tea extract and Deionized Water


Syampu Gamat
Kod 103
Harga/Price(Runcit): RM18.00
Kandungan : 200ml

* Diformulasikan untuk penjagaan rambut dan kulit kepala yang sihat.
* Mengandungi ekstrak gamat yang dirumuskan dengan pelembap untuk penjagaan rambut yang optima membuatkannya lebih bermaya, lembut dan mudah diurus.

Kandungan
Ekstrak Gamat yang ditulenkan, Cocamidopropyl Betaine, Menthol, D-Pantenol dan Air Nyah-Ion

* Formulated to improve hair and scalp condition.
* Contains Gamat extract which not only helps to maintain and enhance a healthy scalp, but also renders your hair fresh, vibrant and manageable.

Ingredients
Purified Gamat extract, Cocamidopropyl Betaine, Citric acid, Panthenol and Deionized Water


Gel Mandian Gamat
Kod 102
Harga/Price(Runcit): RM21.00
Kandungan : 200ml

* Diformulasikan khas mengandungi kolagen dari Pati Gamat tulen.
* Membantu mengekalkan kelembutan, kelembapan dan keanjalan kulit.
* Ia membersih rapi dan sesuai untuk penjagaan kulit yang sihat dan cantik di samping membuatkan anda merasa segar dan nyaman sentiasa.

Kandungan
Ekstrak Gamat yang ditulenkan, Cocamidopropyl Betaine, Asid Sitrik, Pantenol dan Air Nyah-Ion

* Specially formulated containing collagen from Gamat extract.
* Helps to maintain the skin softness, moisturized and firmness.
* It gently cleanses and care for a healthier skin making you feel fresh and radiant.

Ingredients
Purified Gamat extract, Cocamidopropyl Betaine, Citric acid, Panthenol and Deionized Water


Sabun Gamat
Kod 101
Harga/Price(Runcit): RM27.00
Kandungan : 100gm X 3 Buku

* Diformulasikan secara saintifik menggabungkan ekstrak gamat untuk penjagaan kulit yang lebih sihat.
* Ianya melembap dan menghaluskan kulit untuk memberikan rasa nyaman dan segar sentiasa.

Kandungan
Ekstrak Gamat Tulen, Bahan Pewarna dan Pewangi yang dibenarkan.

* Scientifically formulated combining Gamat extract to care for more healthier skin.
* It moisturizes and nourishes the skin to make you feel vibrant and fresh.

Ingredients
Purified Gamat extract, Permitted Color and Fragrance


Pencuci Muka Gamat
Kod 110
Harga/Price(Runcit): RM19.50
Kandungan : 100ml


* Formulasi saintifik ini menggunakan ekstrak gamat bagi mencuci dan membersihkan kulit muka agar lebih anjal, cantik dan lembut berseri.
* Ia mudah meresap ke liang roma untuk membersihkan kotoran dan mengelakkan jerawat serta kulit berminyak.
* Sesuai untuk mengurangkan iritasi kulit dan merangsang pertumbuhan kulit yang sihat.

Kandungan
Ekstrak gamat yang ditulenkan, ekstrak rumpai laut, cocamide DEA, Allantoin, Cocoglucoside, Tetrasodium EDTA dan Air Nyah-Ion

* Scientifically formulated using Gamat extract helps to cleanse the skin and leaving it soft, clean and silky smooth.
* It penetrates deep into the skin pores removing dirt and helps to overcome acne and oily skin.
* Beneficial to reduce skin irritation and helps to stimulate healthy skin growth.

Ingredients
Purified Gamat extract, Seaweed extract, Cocamide DEA, Allantoin, Cocoglucoside, Tetrasodium EDTA


Losyen Badan Gamat
Kod 104
Harga/Price(Runcit): RM15.00
Kandungan : 175ml

* Diformulasikan secara saintifik mengandungi kolagen dari pati gamat.
* Diperkaya dengan vitamin A dan asid buah-buahan untuk melembut dan menghaluskan kulit serta mengatasi masalah kulit kering agar kulit lebih sihat dan cantik berseri.

Kandungan
Ekstrak Gamat yang ditulenkan, Vitamin A, Asid Sitrik, Metilparaben, Butil paraben dan Air Nyah-Ion

* Scientifically formulated containing collagen from Gamat extract.
* Enriched with Vitamin A and fruity acids rendering the skin smooth. It helps to overcome skin dryness and care for a healthier and beautiful skin.

Ingredients
Purified Gamat extract, Vitamin A, Citric acid, Methylparaben, Buthyl paraben and Deionized Water

Linesse
Kod 205
Harga/Price(Runcit): RM70.00
Kandungan : 100gm

Gel pelangsingan badan ini berfungsi untuk memecahkan lemak, mengempiskan perut buncit, mengurangkan kerengsaan kulit dan membasmi selulit secara efektif. Menerusi teknologi transdermal liposome yang memudahkan penyerapan ke lapisan lemak di bawah kulit, Linesse melancarkan pengaliran darah serta membersihkan sisa toksik yang terkumpul di bahagian kulit. Gabungan ekstrak gamat yang kaya dengan vitamin E dan kolagen menguatkan, menganjal dan memelihara kelembutan kulit. Aplikasinya mudah, cuma sapukan pada permukaan kulit 2 kali sehari selepas mandi dan diurut secara putaran selama 2 hingga 5 minit. Linesse juga mesra pengguna, tidak melekit dan memberi kesan sepanjang hari.

Kandungan
Ekstrak Gamat, Kapsikum, Minyak Eucalyptus, ekstrak Barley, ekstrak Sweet Clover, ekstrak Ivy, Kafein, ekstrak Lady's Thistle, ekstrak Mushroom, ekstrak Butcherbroom, ekstrak Lemon, Lesitin, Acefylline Methylsilanol, Mannuronate, Triethanolamine, Karbomer, Nanoxynol-14, Imidazolidinyl urea, Metilparaben dan Air Nyah-Ion

This slimming gel is highly effective to accelerate the breakdown of fat cells, get rid of the love handles or unsightly bulges, reduce skin irritation and has an anti-cellulite working. It uses the transdermal liposom technology which facilitates the absorbtion of the active ingredients straight to the fatty layer underneath the skin. Linesse also promotes the blood circulation in order to help excrete the toxic build up under the skin. Combining with Gamat, which is known to be rich in Vitamin E and collagen, it tones and cares for a more soupple and beautiful skin. It is easy to apply, just massage in a circular movement for 2 to 5 minutes after bath. Linesse is user-friendly, non greasy and has a controlled released mechanism which gives a sustained effect all day long.

Ingredients
Sea cucumber extract, Capsicum, Eucalyptus oil, Barley extract, Sweet Clover extract, Ivy extract, Mushroom extract, Butcherbroom extract, Lemon extract, Caffeine, Lady's Thistle extract, Lecithin, Acefylline Methylsilanol, Mannuronate, Triethanolamine, Carbomer, Nanoxynol-14, Imidazolidinyl urea, Mathylparaben and Deionized WaterPlantago Ovata, Probiotics, Ulmus Fulva, Gamat extract and Fructose


Beautreme
Kod 400
Harga/Price (Runcit) : RM1145.00
Kandungan : 30 sachet / 15gm

* Diformulasi untuk membantu pembakaran lemak secara efektif.
* Mengurangkan penyimpanan lemak.
* Mengurangkan selera makan.
* Diperkaya dengan serat yang merangsang pergerakan usus untuk mengeluarkan bahan sampingan pembakaran lemak.
* Kandungan multivitamin dan garam galian memastikan keperluan badan bagi zat nutrisi semasa program melangsingkan badan tidak diabaikan.

Kandungan
Ekstrak Phaseolus Vulgaris, Asid Linoleik yang di konjugatkan (CLA), L-Karnitin, Garcinia Cambogia, Kromium, Lesitin, Malta, Multivitamin dan garam galian (Vitamin A, B1, B2, B3, B6, B12, C, E, D, Biotin, Asid Folik, Kuprum, Magnesium, Molybdenum, Selenium, Potassium, Zink dan Iodin)

* Formulated to burn fat effectively.
* Minimize fat storage.
* Suppress the appetite.
* Enriched with fiber to enhance the elimination of the by-products of fat burning through the digestive tract.
* Multivitamins and minerals ensure the body needs toward the vital nutrients is not neglected during the slimming programme.

Ingredients
Phaseolus Vulgaris extract, Conjugated Linoleic Acid, L-Carnitine, Garcinia Cambogia, Chromium, Lecithin, Malt, Multivitamin and minerals (Vitamin A, B1, B2, B3, B6, B12, C, E, D, Biotin, Folic Acid, Copper, Magnesium, Molybdenum, Selenium, Potassium, Zinc and Iodine)

Assalamualaikum... lama juga saya menyepi tak update blog ni. Sejak kebelakangan ini.. saya agak sibuk menguruskan mertua yang tinggal bersama. Di sini saya nak share suasana berhari raya di Kuala Pilah.

Biasalah tahun ni giliran beraya di kampung hubby di Kuala Pilah. Seperti sebelum-sebelum ini hubby akan pulang awal sehari sebelum tiba hari raya. Satu hari yang ada itu tak terlepas untuk kami turut sama menghiaskan rumah mertua. Saya dan suami turut ambil tugas buat ketupat... belasah je.. janji jadi... hihihihi

Begini caranya nak bagi pulut tu bulat je bentuknya...

Tengok tu... bersungguh-sungguh hubby ikat tali nak wat ketupat daun pisang tu.

Inilah hasil yang kami dapat buat untuk hari tu.

Suasana hari raya di sana memang tak meriah seperti berhari raya di Bukit Mertajam. Bukan apa, di sana jarak antara rumah agak berjauhan. Bila tengah hari sikit barulah terasa kemeriahan dengan ketibaan sanak saudara.

Inilah gambar keluargaku..

Biasanya hari raya pertama yang ada cuma saya sekeluarga. Bila hari raya kedua barulah keluarga yang lain pulang. Bila semua berkumpul... barulah betul-betul gamat suasana. Mana tak gamat... anak-anak saudara semua dah besar semua... bab main... riuh rendah.. Malam-malam lak gamat dengan bunyi mercun.. macam bom pun ada bunyi nya...

Kesian syahmi... penat beraya... zzzzzzz

Tengok Syazwan lagi ar kesian... hahhh sampai terlentuk cam tu...

Nurin lak.. sekali pandang macam Puteri Beradu je...Tengok tu... walaupun tdo.. tudung tetap maintain... Sejuk mata memandang.

Apa yang saya harapkan agar Syawal ini bukan yang terakhir buatku dan juga keluarga. Tak sabar menanti giliran beraya di Bukit Mertajam pada tahun depan. :)


Ini ialah barang kesayangan saya. Setiap kali ada promosi mesti saya suruh hubby dapatkan untuk saya. Ini pun kira dah terlepas banyak juga. Tapi takpe... janji koleksi saya dah semakin banyak. Pasni kalau ada lagi.. pasti saya minta hubby dapatkan lagi.

Semua koleksi kereta Ferrari ini hanya untuk simpanan saya sendiri. Kalau anak-anak nak tengok boleh tapi nak buat mainan diorang tak boleh... huhuhu takut rosak lak. Sebab tu saya belikan kereta hot wheel untuk mereka. Cuma kecil sikit la. Tapi sesuailah dibuat mainan diorang. hihihi

Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi. Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.

Assalamualaikum...

Dah lama saya tak update blog ni... Maklum lah.. mula-mula nak siapkan persiapan raya.. pastu seronok raya... Skang nilah baru leh mengadap sekejap.

Kat sini saya nak share satu produk yang baik untuk semua.


Gamat éMas Sdn. Bhd. (GESB) merupakan syarikat milik bumiputera 100% dengan mendukung impian memartabatkan produk gamat bukan sahaja pada peringkat tempatan, malah menembusi pasaran antarabangsa dan masyhur di mata dunia. Penumpuan terhadap keberkesanan dan kualiti produk yang dihasilkan membuatkan syarikat Gamat éMas turut menjalinkan usahasama dengan SIRIM Bhd untuk mengekalkan piawaian mutu tanpa kesangsian tentang kesan sampingan. Malah R & D yang dijalankan oleh SIRIM Bhd. memantapkan lagi keunggulan produk Gamat éMas berbanding dengan produk lain di pasaran.

Senarai Penyakit:

1 Alahan Kulit
2 Anemia / Kekurangan Darah
3 Angin Ahmar (Stroke)
4 Athma / Lelah
5 Beguk AdminGESB
6 Buasir AdminGESB
7 Batuk Berpanjangan
8 Bengkak / Bisul
9 Bengkak Kalenjar Prostat
10 Bedah dan Luka
11 Bersalin
12 Berkhatan
13 Batu Karang Buah Pinggang
14 Batu Karang Hempedu
15 Brochiolitis / Lelah Kanak-kanak
16 Campak / Cacar Air
17 Darah Tinggi
18 Darah Rendah
19 Darah Gemuruh / Debar
20 Degil / Hyperaktif
21 Endometriosis
22 Fibroid
23 Gemuk
24 Gastrik
25 G6PD
26 Gusi / Gigi
27 Gout
28 Hati
29 Haid
30 Jantung
31 Jantung Berlubang
32 Jerawat & Jeragat
33 Kayap
34 Kencing Kotor
35 Kurap / Panau
36 Kulit Kering / Bersisik
37 Kesuburan / Mandul
38 Keguguran Rambut / Botak
39 Kelemumur
40 Keputihan
41 Kejang Otot
42 Ketumbuhan / Kanser
43 Kembung
44 Kencing Manis
45 Lembab
46 Lemah & Letih
47 Mati Pucuk
48 Migraine / Sakit Kepala
49 Mulut (Ulser)
50 Parkinson
51 Pening / Vertigo
52 Pinggang (sakit)
53 Parut
54 Psoriasis
55 Rabun Mata
56 Radang Pundi Kencing
57 Resdung
58 Ruam
59 Sembelit
60 Senggugut
61 Sendi / Tulang / Urat
62 Selera
63 Selulit
64 Selsema
65 Tekak / Tonsilitis
66 Telinga Bernanah
67 Telinga Berbunyi (Tinnitus)
68 Thallasemia
69 Thrombophlebitis
70 Tyroid
71 Tumit
72 Vitiligo

Anda ada masalah salah satu daripada senarai penyakit di atas... ingin merawatnya? Anda boleh kenal pasti dulu jenis penyakit dan cara rawatannya. Mencegah lebih baik dari mengubati.. Kita hanya berusaha selebihnya kuasa Allah S.W.T.

APA ITU GAMAT? Gamat atau Timun laut merupakan sejenis haiwan invertebrata (tanpa tulang belakang) laut yang meraih populariti dewasa ini disebabkan khasiat dan nilai terapeutiknya yang mengkagumkan. Malah, kuasa penyembuhannya telah diagungkan dan dimanfaatkan oleh nenek moyang kita sejak lebih 300 tahun dahulu. Tergolong di dalam filum Ekinodermata, spesis timun laut yang didapati berkesan dari segi nilai perubatannya adalah daripada genus sticophus atau lebih dikenali sebagai gamat. Nama lainnya mengikut panggilan setempat termasuklah balat, bat, brunok, trepang atau hoi-sum. Hampir.42 spesis timun laut telah dikenalpasti di perairan Malavsia sementara lebih dari 2,000 spesis wujud di serata dunia.

Umumnya haiwan ini berbentuk silinder, leper pada bahagian dorso-ventral dan mempunyai bukaan di bahagian anterior dan poterior. Pembiakan boleh secara seksual atau aseksual. lanya adalah haiwan detritus iaitu makan secara menyapu pasir ke dalam mulut. Pergerakan haiwan yang lambat menyebabkan ianya perlu mempunyai mekanisme pertahanan tubuh yang efisyen iaitu mengeluarkan holothurin yang toksik dan dapat melumpuhkan haiwan kecil. Holothurin dikeluarkan oleh kelenjar khusus yang dikenali sebagai kuvier. Sebatian ini telah dicamkan seawal tahun dua puluhan dan hanya diberi penekanan yang intensif pada tahun 1950an. Saponin adalah holothurin yang utama yang dipercayai berkesan dalam penyembuhan luka, rawatan selepas bersalin dan sebagai antifungus.

Kajian timun laut tempatan hanya bermula pada awal 1980an di Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Sabah. Kemudian muncul beberapa kumpulan . penyelidik lain misalnya dari Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia. Kumpulan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia sehingga kini begitu tekun menjalankan ujikaji untuk mengenalpasti bahan-bahan bioaktif didalam gamat untuk mengesahkan keberkesanannya. Kumpulan yarg terdiri lebih daripada 20 orang ahli akademik ini diterajui oleh Prof. Dr. Ridzwan Hashim.

Analisa ke atas tubuh dan cecair selom gamat mendapati yang ianya tinggi dengan kandungan protein yang melebihi 44%, manakala karbohidrat antara 3-5% dan lemak sebanyak 1.5%. Komponen komponennya termasuklah asid amino esential, kolagen, vitamin E, zat-zat galian seperti kromium, ferum, kadmium, mangan, nikel, kabalt dan zink. Kandungan asid lemak mustahak seperti EPA (asid omega eikosapentaenoik) dan DHA (asid omega dekosaheksaenoik) turut memainkan peranan penting sebagai agen penyembuh luka dan antithrombotik iaitu berupaya mengurangkan kejadian pembekuan darah di dalam saluran darah. Ini dapat mengurangkan risiko penyakit strok dan sakit jantung. Kedua-dua asid ini dipercayai juga membantu memperlahankan proses degenerasi sel di samping melambatkan proses penuaan. Bahan bioaktif di dalam gamat turut berkesan sebagai. antioksidan yang membantu mengurangkan kerosakan sel dan tisu tubuh. la juga penting uniuk menjamin kesuburan badan. Kesan anti-bakteria dan anti-fungus meningkatkan kemampuannya untuk tujuan rawatan kulit. Gamat juga didapati mempunyai kesan antinosiseptif (penahan sakit) dan anti-inflamasi (lawan radang dan surut bengkak). Kajian pemerhatian terhadap penduduk di Kudat, Semporna, Setiu, Kuantan, Pekan dan Pulau Pangkor menguatkan lagi bukti keberkesanan gamat sebagai agen anti-hipertensi (mengurangkan tekanan darah tinggi). Sementara kajian-kajian lain turut menunjukkan kesan positif gamat terhadap sistem kardiovaskular dan kontraktiliti otot jantung. Sejak kebelakangan ini pula, kajian-kajian di luar negara turut menyerlahkan potensi gamat sebagai anti-tumor dan memberi kesan positif terhadap penyakit AIDS.

Secara tradisional pula, gamat dipercayai berkesan untuk meningkatkan kesihatan badan, mempercepatkan penyembuhan luka luaran dan dalaman, mengurangkan rasa sakit sendi, badan dan lengoh otot, menghindari masalah alahan dan lelah, melawan radang dan meredakan bengkak, melancarkan pengaliran darah, memulihkan sistem peranakan selepas bersalin, mencantikkan kulit dan awet muda, meningkatkan metabolisma dan membantu masalah keletihan, menghindari sembelit dan masalah buasir, menguatkan tenaga batin, mengurangkan tekanan darah tinggi dan mengawal kencing manis. Menyedari hakikat gamat memiliki khasiat keberkesanan yang tinggi sehingga boleh menandingi akar ginseng, kami di GESB memformulasikan produk-produk gamat di bawah pengawasan pakar bagi kegunaan harian dan kesihatan dengan jenama eMAS khusus untuk anda!

Kesan Pemulihan

KESAN PEMULIHAN (TINDAKBALAS) Anda baru mula mengamalkan pemakanan tambahan bagi menjaga kesihatan atau merawat penyakit yang anda alami. Walaubagaimanapun pada peringkat permulaan, anda merasakan letih atau mengalami ruam seluruh badan. Anda pasti berfikiran, "Keadaan saya semakin teruk..... Apa dah jadi?" Oleh itu ada baiknya jika anda mengetahui dan memahami perkara dan perubahan yang mungkin berlaku apabila anda memulakan pengambilan pemakanan kesihatan.

Menurut 'Hering's Law of Cure', semua proses penyembuhan bermula dari dalam ke luar, dari kepala ke badan yakni pada keadaan bertentangan sepertimana sesuatu penyakit itu menampakkan tanda-tandanya. Antara tanda yang mungkin dialami pada peringkat permulaan termasuklah :

sakit atau pening kepala

ruam kulit

bisul atau kudis

sembelit

cirit birit

perut berangin

letih atau kepenatan

berdebar

cepat marah

selsema atau batuk (kahak yang banyak)

demam

ataupun mengalami gejala penyakit yang sedia ada menjadi semakin ketara.
Sebenarnya tanda-tanda tersebut adalah perubahan yang di alami oleh badan di dalam proses penyembuhan yang di kenali sebagai krisis pemulihan ataupun kesan tindakbalas. Ia lebih merupakan satu proses di mana segala kekotoran dan toksid dari usus dan organ penting dikeluarkan dari badan. Sebenarnya, bahan toksid yang terhasil dari tindakbalas kimia dan metabolisme badan berkumpul di bahagian tisu konektif yang wujud di serata badan. Tisu konektif merupakan seolah gam yang mengukuhkan sel-sel di dalam badan. Kebanyakan manusia dilahirkan dengan bahagian atau organ yang lemah dan mempunyai tahap pertahanan yang rendah. Di sinilah merupakan sasaran yang pertama bagi bahan toksid tadi berkumpul. Ini juga menjelaskan mengapa sesetengah orang mengalami simptom yang ketara di bahagian yang lemah tersebut (samada di bahagian dada, usus, perut ataupun di bahagian otot dan sendi) yang mengandungi kebanyakan dari toksid yang terkumpul. Dan kesan pemulihan juga semakin ketara apabila bahan bahan toksid yang dibebaskan itu mengalir secara rawak di dalam tubuh badan manusia.

Simptom kesan pemulihan ini selalunya muncul sebaik selepas mengamalkan permakanan kesihatan yang membantu mengeluarkan toksid daripada badan. Ia akan bertahan selalunya selama 3 ke 4 hari. Walaubagaimanapun bagi badan yang mempunyai tahap toksid yang serius, kesan pemulihan ini mungkin berlaku berulang-ulang sehinggalah kesemua toksid dibersihkan dari badan. Proses ini amatlah diperlukan oleh badan untuk mengelak dari penyakit degeneratif yang mungkin akan di idapi di masa akan datang.

Apabila berlakunya simptom-simptom dari kesan pemulihan, janganlah sesekali mengambil ubat untuk meringankannya kerana ini bakal akan mengganggu proses pemulihan. Ubat-ubatan hanya akan membuat badan kita merasakan lega sementara tetapi ini juga akan membuatkan toksid tadi mendap kembali di bahagian tisu konektif. Dan yang paling penting, janganlah memberhentikan pengambilan pemakanan kesihatan tersebut. Untuk membantu anda mengatasi simptom-simptom kesan pemulihan adalah dinasihatkan agar :

Mendapat rehat yang mencukupi. Badan kita berada dalam keadaan tertekan di kala pembersihan toksid maka rehat yang mencukupi adalah amat penting untuk membantu badan mengeluarkan toksid tersebut.


Minum air dengan banyak. Ini kerana air merupakan bendalir yang akan membawa toksid-toksid keluar dari badan melalui perpeluhan, air kencing atau pun najis.


Elakkan makanan yang mempunyai protein dan lemak yang tinggi. Ini kerana ketika proses pembersihan toksid, ianya memerlukan paras tenaga badan yang optima. Protein dan lemak pula memerlukan tenaga yang lebih bagi menghadamkannya dan secara tidak langsung akan mengganggu keperluan tenaga yang digunakan untuk pengeluaran toksid.


Makan makanan yang segar, berzat dan mudah hadam. Ini membantu badan bagi keperluan terhadap nutrisi untuk membantu memproses bahan toksid dan mengeluarkannya.


Lebihkan juga memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mempunyai nutriens yang amat di perlukan badan.


Elakkan dari memakan makanan yang mempunyai bahan kimia spt bahan pengawet, pewarna dan perisa tiruan.


Kekalkan kebersihan kulit yang sempurna. Ini akan memudahkan toksid keluar dari liang perpeluhan.


Berus kulit badan dengan berus badan yang lembut. Ini sebenarnya merangsang sistem limfatik dan pengaliran darah di bahagian kulit.


Mandi dengan air suam. Ini menggalakkan pembukaan pori-pori kulit bagi mengeluarkan toksid yang perlu di bebaskan.
Sebagai kesimpulan, bolehlah kita rumuskan bahawa krisis pemulihan sebenarnya merupakan suatu fenomena yang berfaedah kepada badan kerana ianya merupakan petanda pembersihan badan dari toksid yang terkumpul. Jangan sesekali menghentikan pemakanan tambahan yang di ambil atau mengambil ubat-ubatan kimia bagi meringankan kesan tindakbalas ini. Badan yang bersih dari toksid akan berfungsi dengan lebih optima dan seterusnya akan menjurus kepada keadaan kesihatan yang kita impikan.

Alahan Kulit

Alahan merupakan tindakbalas hipersensitiviti badan yang boleh mengakibatkan kesan pada kulit (ruam)/eczema, hidung (resdung)/allergic rhinitis, mata (gatal mata)/allergic conjunctivitis dan tekak (gatal tekak)/allergic pharyngitis. Faktor penyebab berkemungkinan faktor dalaman seperti perubahan suhu dan makanan (protein terutamanya dari makanan laut dan bahan kimia spt bahan perasa, pengawet dan pewarna tiruan). Atau faktor luaran seperti asap, habuk, sabun dll. Faktor di atas perlulah dielakkan.

Gamat mengandungi bahan yang bertindak seperti anti histamina yang boleh mengurangkan gatal. Ia juga boleh mengurangkan radang dan masalah hipersensitiviti pada kulit di samping kaya dengan kollagen, vitamin E dan pelembap, gamat membantu melegakan ruam dan menpercepatkan penumbuhan tisu kulit yang baru.

Bioseed mengelakkan masalah peracunan diri dan pengeluaran toksin melalui kulit sementara C3 spirulina menyempurnakan zat-zat yg diperlukan oleh sel kulit.

Disyorkan :

Pati Gamat Plus/Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
(Elok dimakan 1/2 jam selepas Bioseed)


Bioseed 1 paket 2 kali sehari
(Makan 1/2 jam sebelum makan pagi dan malam dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)


Krim Gamat eMas disapu pada ruam kulit


Buih Mandian eMas untuk cucian badan/mandian

C3 Spirulina 1 sudu besar 3 kali sehari
(1 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)

Anemia / Kekurangan Darah

Anemia adalah sejenis keadaan di mana badan kita kekurangan sel darah merah. Ini jangan dikelirukan dengan tekanan darah rendah atau hipotensi. Kebiasaannya di klinik keadaan ini akan diukur dengan melihat kandungan Hb (hemoglobin) untuk menentukan tahap kandungan darah seseorang. Antara tanda seorang itu mengidap anemia ialah pucat (lihat di bawah kelopak mata), keletihan, kurang selera makan, sakit kepala, jantung berdebar dan sesak nafas. Kebiasaannya anemia di sebabkan oleh pendarahan spt ulser perut, buasir, haid yang terlalu banyak dan panjang tempohnya dan kecederaan. Manakala sebab yang lain ialah kekurangan zat pemakanan (terutamanya orang berumur yang memakan makanan tidak seimbang dan masalah parasit/cacing dalam usus), sakit buah pinggang kronik, kanser, sakit hati, masalah thyroid dan sebab-sebab yang jarang berlaku spt kegagalan sum sum tulang, thalasemia, sideroblastic anemia dll.

Pemeriksaan lengkap oleh doktor perlulah dilakukan untuk mengenalpasti punca anemia itu sebenarnya dan untuk mendapat rawatan. Dari sudut alternatif juga perlu melihat punca anemia yang mana spt ulser atau buasir boleh lah di syorkan rawatan yang berkenaan (rujuk topik berkenaan). Manakala secara amnya bolehlah di syorkan pemakanan kesihatan yang mengandungi kandungan zat besi, asid folik dan vitamin B12 untuk membantu pembinaan sel darah merah. C3 spirulina dapat membantu memandangkan ia kaya dengan nutrien yang diperlukan untuk pembinaan sel darah merah disamping klorofil yang turut mempunyai struktur molekul menyamai hemoglobin. Gamat juga menguatkan lagi pembinaan darah di sebabkan oleh potensi faktor penumbuhan sel dan kandungan nutriennya. Kesan gamat melancarkan pengaliran darah boleh membantu mengatasi simtom anemia.

Disyorkan :

C3 Spirulina 1 hingga 2 sudu besar 2 kali sehari
(1 atau 2 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)


Pati Gamat Plus Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
(Peringatan: Jika anda ada alahan pada perisa Oren, sila gunakan Pati Gamat Plus)
(Elok dimakan 1/2 jam selepas Bioseed)


Bioseed dan Bio-H bergantung kepada keperluan
(Bioseed - Makan 1/2 jam sebelum makan dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik) (Bio-H - makan sebelum tidur dalam keadaan perut kosong (tidak makan selama 2 jam) - (Boleh dibancuh dengan air biasa iaitu air mineral suhu bilik atau air soya sejuk)

Angin Ahmar (Stroke)

Penyakit ini merupakan penyakit yang dapat melumpuhkan separuh badan (hemiplegia/hemiparesis). Ia sering disebabkan oleh penyumbatan salurdarah di otak disebabkan proses artherosclerosis (pengumpulan lemak dan bahan asing yang menyumbat salurdarah) atau embolus (darah beku). Ia juga boleh disebabkan oleh pendarahan dalam otak (cerebral hemorrhage) yang kerap disebabkan oleh tekanan darah yang terlalu tinggi.

Pesakit stroke perlulah mendapat pemeriksaan dan rawatan dari doktor. Ubat dan rawatan fisioterapi jangan ditinggalkan. Galakkan pergerakan pada bahagian yang lumpuh. Ini untuk mengelakkan dari pengecutan otot yg menjadi kecil jika lama tidak digunakan (muscular atrophy). Urutan juga dapat membantu.

Gamat memberi kesan vasodilatasi iaitu mengembangkan salurdarah dan melancarkan pengaliran darah. Di samping nutrien dan vitamin, gamat membantu meningkatkan metabolisme badan yang dapat membantu memulihkan tenaga dan memberi selera kepada pesakit. Ia turut membantu mempercepatkan penyembuhan luka dan menurut hipotesis ia mempunyai kesan ‘nerve growth factor’ iaitu membantu memulihkan penumbuhan tisu saraf yang rosak. Ia juga mempunyai kesan mencairkan darah (kesan antithrombotik) untuk mengelakkan darah beku yang boleh menyumbatkan salurdarah. Manakala HGH pula turut merangsang pemulihan tisu di samping meningkatkan aliran darah dan metabolisme yg diperlukan bagi penyembuhan. C3 spirulina yg mengandungi kandungan nutrien yg menyeluruh melengkapkan keperluan nutrisi bagi pesakit stroke yg kebiasaan tidak dapat makan dengan sempurna. Zat ini penting menjadi bahanbina untuk memulihkan kerosakan tisu saraf dan otak.

Disyorkan :

Pati Gamat Plus/Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
(Elok dimakan 1/2 jam selepas Bioseed)

Bioseed 1 paket 2 kali sehari
(Makan 1/2 jam sebelum makan pagi dan malam dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)

Bio-B 1 paket 2 kali sehari
(Dibancuh dengan air masak seperti membuat air Milo. Boleh juga dicampur dengan air Milo atau apa sahaja minuman lain yang bersesuaian)

Bio-H 2 paket makan sebelum tidur dalam keadaan perut kosong (tidak makan selama 2 jam)
(Boleh dibancuh dengan air biasa iaitu air mineral suhu bilik atau air soya sejuk)

C3 Spirulina 1 sudu besar 2 kali sehari
(1 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)

Minyak Linimen eMas - boleh digunakan pada bahagian yang sengal

Krim Gamat eMas - boleh disapu kepada bahagian tubuh yang merah disebabkan oleh tekanan seperti di punggung dan belakang badan

Losyen eMas - boleh membantu supaya kulit tidak kekeringan dan mudah pecah

Athma / Lelah

Lelah merupakan tindakbalas hypersensitiviti badan yang mengakibatkan proses bronkokonstriksi (saluran pernafasan / paru-paru mengecut) dan proses inflammasi menyebabkan seseorang itu mengalami sesak nafas, nafas berbunyi, batuk terutama waktu malam dan awal pagi yang bertubi-tubi dan kahak yang sukar dikeluarkan. Faktor rangsangan perlulah dielakkan seperti emosi yang terganggu, senaman yang berlebihan, jangkitan demam selsema, ubat-ubatan seperti aspirin dan juga allergens seperti habuk, bauan yang tengit, asap, ais / makanan sejuk, buahan seperti tembikai dll.

Gamat membantu melegakan lelah dengan mengurangkan tindakbalas hipersensitiviti dan mengurangkan radang atau inflammasi. Kahak akan lebih mudah dikeluarkan. Kajian turut menunjukkan gamat dapat meredakan lelah pada kanak-kanak ataupun bronchiolitis. Gatal tekak juga dapat diatasi. Menurut kajian, kafein juga membantu untuk mencegah serangan lelah sebanyak 25%.

Disyorkan :

Pati Gamat Plus / Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
(Elok dimakan 1/2 jam selepas Bioseed)


Bioseed 1 paket 2 kali sehari (boleh dikurangkan ke satu paket sehari)
(Makan 1/2 jam sebelum makan pagi dan malam dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)

G-Cafe Ubi Jaga Light / Extra Power / Pegaga 2 cawan sehari

Krim Urut eMas diurut pada bahagian dada dan leher

Bio-H 2 paket makan sebelum tidur dalam keadaan perut kosong (tidak makan selama 2 jam)
(Boleh dibancuh dengan air biasa iaitu air mineral suhu bilik atau air soya sejuk)

Beguk

Beguk atau mumps adalah penyakit yang melibatkan jangkitan virus pada kelenjar air liur. Ianya jarang berlaku kerana generasi kini telah di suntik pelalian MMR ketika bayi lagi. Selalunya beguk akan di dahului dengan keletihan badan dan sakit sendi yang seterusnya bengkak di bahagian kelenjar air liur (parotid) di bawah telinga dan bucu rahang. Untuk lelaki dewasa kadangkala boleh menyebabkan komplikasi jangkitan pada testis (orchitis) dan ini menyebabkan kesakitan dan boleh menyebabkan kemandulan.

Seperti penyakit-penyakit yang di sebabkan oleh virus yang lain, jika tahap immuniti badan di tingkatkan dengan mengamalkan pemakanan kesihatan, insyaAllah penyakit tersebut boleh di elakkan. Bagi mereka yang sedang menghidapi beguk pula, gamat ada kesan penahan sakit dan melegakan radang yang boleh mengurangkan kesakitan pesakit beguk.

Disyorkan :

Pati Gamat Plus / Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
(Elok dimakan 1/2 jam selepas Bioseed - jika ada mengambil produk Bioseed)

Gel Gamat di sapukan untuk menyejukkan beguk dan menyurutkan bengkak apabila perlu

Buasir

Buasir atau hemorrhoids merupakan keluhan mereka yang kerap sembelit. Lain-lain faktor yang boleh menyebabkan buasir ialah keadaan meneran (mereka yang sering mengangkat berat dan menjerit), pekerjaan yang duduk lama di atas kerusi keras (pemandu lori, pemacu kuda), mengandung dll. Buasir adalah sebenarnya kusyen tisu jaringan salurdarah yang mengembang di bahagian dubur. Tanda buasir dalaman ialah selepas membuang najis, ia diikuti dengan titisan darah merah sementara tanda buasir luaran ialah bengkak di bahagian dubur yang kadangkalanya menyakitkan. Pesakit buasir hendaklah mengelakkan dari sembelit (minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari dan makan banyak serat spt sayuran dan buahan). Makanan yang pedas dan berempah juga eloklah dielakkan. Perbuatan yang menjurus kepada meneran hendaklah dihindarkan.

Pemeriksaan doktor hendaklah dilakukan untuk memastikan tiada sebab lain seperti tumor pelvik, lemah jantung ataupun portal hipertensi yang menjadi punca buasir. Gamat boleh membantu melancar pengaliran darah di jaringan hemorrhoid tersebut. Ia turut membantu menghindari radang dan mempercepatkan penyembuhan luka. Kesan antinosiseptif oleh gamat boleh mengurangkan rasa sakit dan tidak selesa pada buasir luaran. Kesan lawas juga boleh mengelakkan sembelit.

Spirulina pula didapati mampu melawaskan dan melegakan sembelit di samping membekalkan nutriens yang perlu untuk membantu mengatasi buasir.

G-café mengandungi kafein yang boleh merangsang pergerakan peristaltik usus dan ini membantu melawaskan sembelit. Ubi jaga juga turut merangsang pengaliran darah yang boleh mengelakkan dari darah terkumpul di bahagian buasir dan mengecutkannya.

Disyorkan :

Pati Gamat Plus / Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
(Elok dimakan 1/2 jam selepas Bioseed)

Bioseed 1 paket pagi dan petang (perlu minum air banyak)
(Makan 1/2 jam sebelum makan pagi dan malam dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)

C3 Spirulina 1 sudu besar 3 kali sehari
(1 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)

G-Cafe Ubi Jaga Light / Extra Power / Pegaga 2 cawan sehari

Gel Gamat eMas disapukan pada buasir luaran

Batuk Berpanjangan

Batuk yang sukar untuk hilang, jika tiada demam, boleh dikategorikan dalam kes batuk hipersensitif (lihat asthma). Batuk ini kerap berlaku waktu malam dan awal subuh disertai dengan pengeluaran kahak yang banyak. Kerongkong akan kerap merasa gatal dan perit. Jika disertai demam, eloklah menjalani pemeriksaan doktor dan X-ray. Dinasihatkan juga untuk minum air suam yang banyak. Ais, makanan sejuk dan buahan dielakkan sementara. Perbuatan merokok juga mesti dihentikan. Kesan alahan disebabkan pekerjaan contohnya cikgu yang sentiasa terhidu habuk kapur tulis, pekerja konkrit yang terdedah kepada habuk simen juga mesti diberi perhatian.

Gamat membantu melegakan rasa gatal dan radang pada tekak dan saluran pernafasan. Ia juga boleh membantu keadaan alahan dan lelah. C3 Spirulina juga memiliki kesan seolah anti histamina yang membantu menghindari masalah gatal-gatal tekak dan melegakan batuk.

Disyorkan :

Pati Gamat Plus / Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
(Elok dimakan 1/2 jam selepas Bioseed)

Bioseed juga dapat membantu
(Makan 1/2 jam sebelum makan dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)

C3 Spirulina 1 sudu besar 3 kali sehari
(1 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)

Bengkak / Bisul

Bengkak tisu boleh disebabkan oleh kesan gigitan serangga, kesan trauma seperti terseliuh dll. Sementara bisul pula disebabkan oleh jangkitan kuman. Gamat mempunyai kesan anti inflammasi yang boleh mengurangkan radang bengkak tersebut. Sementara kesan anti histamina turut melegakan kesan gigitan serangga. Kesan anti nosiseptif boleh meredakan sakit. Gamat juga diketahui memiliki sedikit kesan antibiotik yang boleh membantu menyembuhkan bisul.

Kandungan C3 Spirulina memantapkan lagi keupayaan tubuh untuk melawan kesan inflammasi yang menyebabkan bengkak dan membaik pulih tisu yang bermasalah.

Disyorkan :

Pati Gamat Plus / Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
(Elok dimakan 1/2 jam selepas Bioseed - jika ada mengambil produk Bioseed)

C3 Spirulina 1 sudu besar 3 kali sehari
(1 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)

Gel Gamat eMas disapukan ke kawasan yang bengkak

Krim Gamat eMas juga boleh disapukan, terutamanya jika kulit kering

Linimen digunakan ke bahagian yang terseliuh / sakit sendi dan urat

Krim Urut eMas juga boleh diurutkan ke otot yang bengkak / sakit

Bengkak Kelenjar Prostat

Pembengkakan kelenjar prostat melibatkan 75% dari lelaki yang berumur. Tandanya ialah kencing malam, kederasan aliran air kencing yang menurun, susah untuk memulakan pembuangan air kecil dan menitis selepas kencing. Rawatan moden terdiri dari ubatan tetapi secara definitif ia di sembuhkan dengan pembedahan TURP (transurethral prostatectomy) yang mengikis buang bengkak prostat itu. Perlu diberi perhatian supaya menjalani pemeriksaan lengkap oleh doktor terlebih dahulu untuk mengenalpasti jenis bengkak supaya dapat mengesan masalah kanser prostat yang juga mengancam kaum lelaki yang berusia 55 tahun ke atas.

Gamat mempunyai kesan anti radang dan menyurutkan bengkak mampu membantu pada peringkat awal bengkak kelenjar prostat. Bagi pencegahan dari masalah kanser prostat pula proses pencucian usus menghindari pengumpulan toksin yang boleh mengakibatkan barah sementara C3 Spirulina pula mencegah kanser yang disebabkan oleh kemusnahan DNA di dalam sel badan manusia.

Disyorkan :

Pati Gamat Plus / Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
(Elok dimakan 1/2 jam selepas Bioseed)

Bioseed 1 paket 2 kali sehari sebelum makan
(Makan 1/2 jam sebelum makan pagi dan malam dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)

C3 Spirulina 1 sudu besar 3 kali sehari
(1 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)

Bedah dan Luka

Individu menjalani pembedahan di atas beberapa sebab seperti appendicitis, berkhatan, kecederaan selepas kemalangan jalan raya dll. Gamat berkesan membantu menyembuhkan luka dengan cepat. Ia turut menolong menghentikan pendarahan. Di samping itu ia dapat mengurangkan sakit dan radang pada kesan pembedahan dan luka. Gamat juga dapat melawaskan pergerakan najis terutamanya kepada yang menjalani pembedahan perut / abdomen yang sering akan sukar ke tandas. Gamat tinggi dengan kandungan kollagen dan dapat melembutkan parut supaya parut pembedahan dan luka tidak begitu ketara.

HGH juga menyumbang kepada penyembuhan luka yang lebih cepat dengan meningkat keberkesanan pemulihan sel dan pembentukan sel baru. Sementara C3 Spirulina pula mengandungi nutriens yang diperlukan badan untuk menjadi seperti batu bata bagi membina sel yang sihat.

Disyorkan :

Pati Gamat Plus / Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
(Elok dimakan 1/2 jam selepas Bioseed)

Bio-H 2 paket makan sebelum tidur dalam keadaan perut kosong (tidak makan selama 2 jam)
(Boleh dibancuh dengan air biasa iaitu air mineral suhu bilik atau air soya sejuk)

C3 Spirulina di ambil 3 kali sehari sebanyak 1 sudu besar
(1 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)

Bioseed 1 paket 2 kali sehari (optional)
(Makan 1/2 jam sebelum makan pagi dan malam dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)

Gel Gamat eMas disapu ke kesan luka yang masih basah

Krim Gamat eMas disapu ke parut baru yang kering

Buih Mandian eMas juga boleh digunakan untuk mencuci luka

Linimen boleh disemburkan ke luka untuk mengeringkan luka dan menyurutkan bengkak dengan segera
(awas - ia mendatangkan kesakitan selama 10 minit)

Bersalin

Selepas bersalin, mengamalkan gamat banyak faedahnya. Gamat membantu menyembuhkan luka, mengurangkan sakit dan radang, menghentikan pendarahan, mengecutkan rahim dan memberi tenaga dan zat pemakanan kepada ibu yang melahirkan.

Plantago ovata membantu memberikan serat yang diperlukan untuk mengelakkan sembelit yang begitu nyata terjadi selepas bersalin. C3 Spirulina juga membantu memberi nutriens yang sangat-sangat di perlukan untuk memulihkan kelemahan badan. Ianya merupakan pemakanan yang lengkap untuk memberi tenaga di samping membantu menghasilkan air susu yang berzat. Klorofil juga amat sesuai untuk membantu menghasilkan sel darah merah supaya mengatasi masalah kekurangan darah para ibu.

Disyorkan :

Pati Gamat Plus / Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
(Elok dimakan 1/2 jam selepas Bioseed)

Bioseed 1 paket 2 kali sehari (melawas dan melangsingkan badan)
(Makan 1/2 jam sebelum makan pagi dan malam dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)

C3 Spirulina 1 sudu besar 3 kali sehari
(1 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)

Gel Gamat eMas disapu pada tempat yang luka

Losyen eMas dipakai pada kulit badan yang kering

Krim Gamat eMas disapu pada perut untuk menghilangkan kesan kedut selepas bersalin

Krim Urut eMas boleh digunakan untuk mengurut

Gel Mandian eMas digunakan untuk mencuci bahagian luka dan seluruh badan

Berkhatan

Gamat berfaedah bagi kanak-kanak lelaki yang berkhatan. Ia membantu menyembuhkan luka, mengurangkan sakit dan menghentikan pendarahan. C3 Spirulina pula membekalkan nutriens bagi penyembuhan luka.

Disyorkan :

Pati Gamat Plus / Vita 1 sudu besar 2 kali sehari (mula amalkan sebelum berkhatan)
(Peringatan: Jika anda ada alahan pada perisa Oren, sila gunakan Pati Gamat Plus)

C3 Spirulina 1 sudu besar 3 kali sehari
(1 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)

Gel Gamat eMas disapukan pada luka berkhatan

Batu Karang Buah Pinggang

Batu karang di buah pinggang kerap berlaku ke atas pesakit gout, kekurangan vitamin A, mereka yang sering mendapat jangkitan kuman pada saluran air kencing, masalah metabolik seperti cystinuria (faktor kekeluargaan), obtruksi pada saluran kencing dll.

Tandanya ialah sakit (yang teramat) pada bahagian tepi pinggang (samada kiri atau kanan) yang akan menjalar di perut pada bahagian yang sama dan turun ke arah kawasan ari-ari. Ini disertai dengan perasaan kerap ingin membuang air kecil, air kencing berdarah dan rasa hendak buang air besar tapi tidak mengeluarkan najis.

Keadaan ini perlulah mendapat nasihat dan pemeriksaan doktor. Dinasihatkan juga untuk mengamalkan meminum air yang cukup iaitu 8 gelas sehari. Gamat boleh mengurangkan sakit, meredakan inflammasi dan melawaskan air kencing. Bioseed membantu mengeluarkan batu karang yang selama ini tidak memberikan sebarang simptom. Ubi jaga juga didapati mempunyai kesan untuk mengeluarkan batu karang dari buah pinggang.

Disyorkan :

Pati Gamat Plus / Vita (vitamin A) 1 sudu besar 2 kali sehari
(Elok dimakan 1/2 jam selepas Bioseed)

Bioseed 1 paket sehari untuk menjaga kesihatan
(Makan 1/2 jam sebelum makan pagi dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)

G-Cafe Ubi Jaga Light / Extra Power / Pegaga 2-3 cawan sehari

Batu Karang Hempedu

Cholelithiasis atau batu karang dalam pundi hempedu kerap terjadi kepada wanita yang gemuk dan berumur lebih dari 40 tahun. Faktor diabetes, masalah thyroid (hypothyroidism), jangkitan parasit juga memainkan peranan. Tanda nya ialah sakit pada bahagian kanan perut bersebelahan dengan ulu hati disertai dengan rasa kembung, loya dan muntah. Perut jika ditekan akan berasa amat sakit di bahagian yang tersebut dan kadangkala sakit akan terasa juga di bahagian kanan bahu. Tanda ini selalu berlaku beberapa jam selepas memakan makanan yang berlemak.

Anda dinasihat mendapat rawatan doktor kerana jika ianya dibiarkan, dapat menyebabkan kerosakan pada hati dan pankreas, disertai dengan demam kuning. Pembedahan membuang pundi hempedu adalah disyorkan untuk mengelakkan komplikasi di atas.

Gamat dapat membantu mengurangkan sakit dan radang. Ia juga membantu menyembuhkan luka selepas pembedahan. Terdapat juga dalam kes yang tertentu, didapati kombinasi Bioseed dan Pati Gamat mampu memecah / menghilangkan batu karang hempedu.

Disyorkan :

Pati Gamat Plus / Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
(Elok dimakan 1/2 jam selepas Bioseed)

Bioseed 1 paket 2 kali sehari
(Makan 1/2 jam sebelum makan pagi dan malam dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)

G-Cafe Ubi Jaga Light / Extra Power / Pegaga 2-3 cawan sehari (mampu mengelakkan pembentukan batu karang sebanyak 45%)

Gel Gamat eMas disapu pada luka pembedahan

Brochiolitis / Lelah Kanak-Kanak

Lelah kanak-kanak sering datang dalam bentuk batuk yang berpanjangan, terutamanya waktu malam, batuk yang bertubi-tubi dan selalunya selepas batuk akan memuntahkan lendir, batuk yang berkahak, wheezing (bunyi ketika bernafas) dan bersekali dengan selsema. Kanak-kanak ini sebenarnya menghidapi masalah hipersensitiviti pada paru-parunya dan selalunya simptom ini akan berkurangan dan hilang apabila akil baligh. Jika berterusan maka kanak-kanak ini akan menghidapi asthma sehingga dewasa. Bayi yang mempunyai keturunan yang menghidapi asthma, bayi yang kurang bulan, bayi yang berat badannya kurang dari 2.8kg ketika dilahirkan dan bayi yang pernah menghidapi penyakit bronchopneumonia (radang paru-paru) mempunyai kadar yang tinggi untuk menghidapi bronchiolitis. Mereka mudah dijangkiti batuk selsema.

Ubat batuk biasa tidak berkesan melainkan ubat yang mengandungi unsur bronchodilatasi (ubat untuk lelah) dapat meredakan batuk tersebut. Batuk ini akan lebih hebat dan mungkin menyebabkan sesak nafas jika mereka terdedah kepada jangkitan kuman (upper respiratory tract infection), terlalu lasak pada siangnya, allergen seperti ais, minuman sejuk dan buahan seperti tembikai, rambutan dll. Kanak-kanak ini dinasihatkan untuk mendapat rawatan dan pemeriksaan dari doktor sepenuhnya terutama jika sesak nafas (tandanya ialah kadar pernafasan yang laju dan bahagian pangkal tulang dada yang tenggelam ketika menarik nafas).

Gamat berupaya membantu dengan mengurangkan tindakbalas alahan dan radang pada saluran pernafasan. Ia melegakan dan setengah kes dapat menyembuhkan dari menghidapi lelah.

Disyorkan :

Pati Gamat Plus Vita 1 sudu kecil / besar (bergantung pada saiz/umur) 2 kali sehari
(Peringatan: Jika anda ada alahan pada perisa Oren, sila gunakan Pati Gamat Plus)
(Elok dimakan 1/2 jam selepas Bioseed - jika ada mengambil produk Bioseed)

Krim Urut eMas disapu perlahan di bahagian dada dan tekak

C3 Spirulina 1 sudu besar 2-3 kali sehari (mencegah bronchiolitis)
(1 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)

Campak / Cacar Air

Demam campak dan cacar air (chicken pox) sering mengakibatkan masalah gatal pada kulit. Sementara parut yang ditinggalkan oleh cacar air kadangkala mengaibkan.

Gamat membantu menghilangkan rasa gatal dan radang pada kulit. Ia juga membantu melembutkan dan mengurangkan kesan ketara pada parut cacar air. Sementara C3 Spirulina membantu membekalkan nutriens yang perlu untuk penyembuhan di samping meningkatkan keupayaan badan untuk mengatasi penyakit tersebut.

Disyorkan :

Pati Gamat Plus Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
(Peringatan: Jika anda ada alahan pada perisa Oren, sila gunakan Pati Gamat Plus)
(Elok dimakan 1/2 jam selepas Bioseed - jika ada mengambil produk Bioseed)

Losyen eMas dilumurkan ke bahagian yang merah

Krim Gamat eMas disapu pada kesan cacar air yg telah kering

Gel Gamat eMas disapu pada cacar air yg masih basah (belum kering)

Buih Mandian eMas boleh digunakan untuk mandian

C3 Spirulina 1 sudu besar 2-3 kali sehari
(1 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)

Darah Tinggi

Penyakit darah tinggi atau hipertensi mempunyai banyak sebab. Antara yang utama disebabkan oleh salurdarah yang tersumbat. Ia boleh menjurus kepada masalah buah pinggang, jantung, stroke (angin akhmar), rabun penglihatan dll. Anda dinasihatkan mendapat pemeriksaan dan rawatan doktor. Ubat darah tinggi janganlah ditinggalkan kecuali dengan nasihat doktor. Anda turut digalakkan untuk mengelakkan makanan yang masin dan berlemak. Lakukan senaman secukupnya dan berhenti merokok di samping mendapat rehat dan tidur yang secukupnya. Elakkan keadaan stress.

Gamat memiliki kesan vasodilatasi atau mengembangkan salurdarah. Ini memberi kesan positif kepada pesakit hipertensi yang serasi. Ia nya turut melancarkan aliran darah di samping mengurangkan masalah penyumbatan salurdarah dan pembentukan darah beku yang juga boleh mengakibatkan tekanan darah tinggi. Disebabkan penyakit darah tinggi ini merupakan satu proses yang mengambil masa bertahun lamanya sebelum ianya dapat dikesan, penurunan tekanan darah juga kadangkala memerlukan pengamalan produk untuk beberapa minggu jangka masanya.

C3 Spirulina mempunyai kesan mengawal kolesterol dan kesan antioksidan yang kuat untuk menghindari masalah kardiovascular seperti hipertensi. Bio-H turut membantu dengan menstabilkan tekanan darah.

Disyorkan :

Pati Gamat Plus / Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
(Elok dimakan 1/2 jam selepas Bioseed)

Bioseed 1 paket 2 kali sehari
(Makan 1/2 jam sebelum makan pagi dan malam dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)

Turut di bantu oleh C3 Spirulina 1 sudu besar 3 kali sehari
(1 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)

Bio-H 1-2 paket makan malam sebelum tidur dalam keadaan perut kosong (tidak makan selama 2 jam)
(Boleh dibancuh dengan air biasa iaitu air mineral suhu bilik atau air soya sejuk)

Darah Rendah

Masalah tekanan darah rendah atau hipotensi sering terjadi kepada wanita di bawah umur 30an. Bacaan tekanan darah rendah adalah bergantung kepada umur yang mana usia muda boleh menerima tekanan darah rendah tanpa sebarang simptom. Gamat tidak begitu digalakkan untuk merawat masalah ini kerana ia juga boleh menurunkan tekanan darah. Didapati mereka yang mempunyai tekanan darah rendah apabila mengamalkan gamat selalunya akan berasa pening yang jika tiada masalah kesihatan yang lain, telah direkodkan ada kes yang tekanan darah menjadi normal semula setelah mengamalkan gamat buat beberapa jangkamasa.

Walaubagaimanapun jika ingin dicuba, bolehlah gunakan Bioseed terlebih dahulu, di mana penjagaan sistem penghadaman yang sihat boleh menjurus kepada kesihatan badan yang lebih seimbang. Anda juga digalakkan untuk memakan makanan segar (buahan dan sayuran) dan mengamalkan senaman secukupnya.

Disyorkan :

Bioseed 1 paket sehari (berhenti jika terasa pening-pening dan pitam)
(Makan 1/2 jam sebelum makan pagi dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)

C3 Spirulina 1 sudu besar 3 kali sehari
(1 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)

Darah Gemuruh / Debar

Gamat di dapati mempunyai daya penenang (anxiolytic) dan di dalam kes tertentu boleh mengurang debaran jantung. Buat mereka yang berusia, HGH juga mempunyai pengaruh mengurangkan stress dan tekanan di samping menstabilkan emosi. Ia juga memberi kesan tidur yang sempurna dan merehatkan otak. Pegaga pula berupaya meningkatkan paras GABA iaitu sejenis neurotransmitter di otak yg bertanggungjawab memberi kesan menenang.

Disyorkan :

Pati Gamat Plus / Vita 1 sudu kecil 2 kali sehari
(Elok dimakan 1/2 jam selepas Bioseed)

Bioseed 1 paket sehari
(Makan 1/2 jam sebelum makan pagi dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)

Bio-H 1-2 paket makan sebelum tidur dalam keadaan perut kosong (tidak makan selama 2 jam)
(Boleh dibancuh dengan air biasa iaitu air mineral suhu bilik atau air soya sejuk)

G-Cafe Pegaga 2-3 cawan di waktu siang

Degil / Hyperaktif

Kanak-kanak yang degil dan hyperaktif kadangkala mungkin bukan sahaja di sebabkan oleh sifat semulajadi atau dari sudut pengasuhan tetapi juga perlu dilihat dari sudut kekurangan zat yang amat di perlukan oleh saraf otak mereka yang dikenali sebagai Asid Dokosaheksanoik. Keadaan seperti 'Attention Deficit Hyperactive Disorder' yang mana kanak-kanak tersebut bukan sahaja degil dan hyperaktif malah agak kurang daya tumpuan dan impulsif juga dikaitkan dengan kandungan asid dokosaheksanoik yang rendah di dalam darah mereka. Mereka ini turut mempamerkan tahap pembelajaran yang rendah berbanding dengan rakan seumur dengan mereka.

Bio-B mempunyai kandungan utamanya iaitu asid dokosaheksanoik yang mampu membantu kanak-kanak yang degil dan hyperaktif. Ia turut membantu merembeskan neurotransmiter serotonin yang bertanggungjawab memberikan perasaan ceria kepada individu tersebut.

Disyorkan :

Bio-B 1-2 paket di makan waktu sarapan
(Dibancuh dengan air masak seperti membuat air Milo. Boleh juga dicampur dengan air Milo atau apa sahaja minuman lain yang bersesuaian)

Boleh di ambil bersama C3 Spirulina untuk melengkapkan keperluan nutrisi kanak-kanak tersebut
(1 sudu dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)

;;