Haa hari ni saya nak share makanan kegemaranku. Masakan ini yang paling saya suka.. Kalau ada setiap hari pun saya tak kisah. Nak tahu apa? Spaghetti Bolognese. Mula-mula hubby tak berapa suka gak... tapi sekarang dia pun dah suka makan. Anak-anak kalau makan sampai bertambah-tambah. hihihi

Ni saya sertakan sekali untuk sesape nak cuba resepi ni lah. Tak cuba tak tahu... lepas cuba baru tahu keenakkannya. Saya tak suka beli yang dalam botol tu.. takut tak terjamin kehalalannya. So selamat mencuba.


Bahan-bahan ( 5-6 )
• 1 pack spaghetti (jenis lain pun boleh, ikut kesukaan contohnya fettucine)
• 2 labu bawang besar (yg kaler kuning tu)
• 2 ulas bawang putih - hiris
• 1 tin button mushroom (nak letak sayur lain pun boleh)
• 500 gm minced beef/chicken
• 1 tin tomato puree
• 1 tin air (sukat guna tin tomato puree tadi)
• Oregano / Mixed Herbs
• Sedikit margerine/butter

Cara-cara
1.Dalam satu periuk, rebus air + sesudu margerine. Bila dah mendidih, baru masukkan spaghetti tu. Masak dlm 5-6 minit (ikut arahan pada bungkusan spaghetti itu)
2.Sementara biar spaghetti tu masak, diced kan bwg besar (kecil-kecil) dan hiris bawang putih.
3.Masukkan sedikit margerine (dlm 3-4 sudu besar) ke dalam periuk yang lain. Goreng bawang putih sehingga kekuningan. Kalau tak suka bwg putih, keluarkan dari periuk itu selepas bwg masak.
4.Masukkan pula bawang besar yg telah dipotong dadu kecil2 tadi. Biarkan bwg masak sekejap.
5.Masukkan daging/ayam kisar tadik. Biar sehingga daging/ayam separuh masak. Kecilkan sikit api.
6.Buka tin cendawan tadi, quarterkan (potong empat) cendawan butang. Basuh dan masukkan dalam periuk.
7.Buka tin tomato puree, campurkan dalam periuk itu. Kemudian, masukkan air dalam tin tu, dan tuang dlm periuk tu jugak.
8.Tambahkan oregano dalam masakan. Kalau ada basil/bay leaves pun boleh letak untuk harum/sedapkan lagi. Tapi saya guna mixed herbs je senang.
9.Letakkan garam secukup rasa. (Tak payah banyak, sikit je.)
10.Carikkan2kan keju, dlm 2/3 keping, masukkan dalam periuk.
11.Biarkan masak dlm 5 minit lagi. Sambil2 tu adjust la rasa secukupnya (garam, oregano)
12.Angkat spaghetti yg dah masak dan toskan. Saya suka gaulkan dalam sesudu kecil margerine untuk bagi cantik/berkilat.

0 Comments:

Post a Comment