TANDA-TANDA KANSER: KHUSUS BAGI WANITA

Statistik menunjukkan 1 dari 4 manusia akan menghidapi kanser seandainya tidak menghidapi penyakit serius yang lain. Ayat ini amat menakutkan kerana kajian menunjukkan bilangan pesakit kanser semakin bertambah setiap tahun. Alhamdulillah, puan menyedari hakikat tersebut dan telahpun mengambil langkah-langkah yang positif. Sememangnya 9 dari 10 manusia dari manusia yang meninggal akibat kanser berpunca dari sikap acuh tidak acuh. Sikap ini haruslah dielakkan kerana perjalanan kematian akibat kanser amatlah menderitakan. Berikut saya berikan tanda-tanda awal yang perlu beri perhatian oleh wanita supaya dapat mengesan penyakit kanser pada peringkat awal:
1. Kehilangan berat badan melebihi 5 kg di dalam sebulan sedangkan anda tidak melakukan apa-apa ke arah itu. Keadaan ini tidak semestinya kanser. Kadangkala boleh disebabkan oleh penyakit kelenjar tiroid yang terlalu aktif. Walaubagaimanapun, anda tidak mungkin tahu sehinggalah anda berjumpa doktor.
2. Kembung. Anda mungkin perasan bahawa tiba-tiba jeans anda tidak muat. Jika ini berlarutan selama beberapa minggu, ianya perlukan pemeriksaan lengkap seperti CT scan untuk mengesan kanser ovari.
3. Perubahan pada payudara, tidak semestinya ketulan malah perubahan kulit seperti ruam (kemerahan dan kulit menjadi tebal) mungkin merupakan tanda awal kepada sejenis kanser payudara yang agak agresif. Seandainya bentuk puting anda berubah atau mengeluarkan lelehan (anda tidak menyusu), perkara sedemikian perlukan pemeriksaan segera.
4. Wanita yang menghampiri usia menopaus yang turun darah di antara kitaran haid perlukan pemeriksaan terutamanya jika kitaran anda agak teratur sebelum ini. Pendarahan selepas menopaus pun perlukan pemeriksaan doktor.
5. Perubahan pada kulit yang tidak terhad pada tahi lalat sahaja. Mungkin berlaku perubahan pada pigmen kulit. Pendarahan yang tiba-tiba berlaku pada kulit ataupun bahagian tertentu menjadi bersisik juga memerlukan pemeriksaan lanjutan terutamanya jika berlanjutan selama beberapa minggu.
6. Masalah menelan terutamanya makanan pepejal juga perlukan pemeriksaan dijalankan pada saluran esofagus anda.
7. Pendarahan yang tidak normal seperti pada air kencing ataupun najis mungkin merupakan petanda. Batuk berdarah juga memerlukan evaluasi lanjut dari doktor anda, lebih-lebih lagi jika berlaku berulang kali.
8. Sakit perut yang menggigit-gigit bersama kemurungan perlu diberi perhatian kerana mungkin disebabkan oleh kanser pankreas. Simptom ini jika berlaku beberapa hari, memerlukan pemeriksaan lengkap pada bahagian abdomen.
9. Perasaan ketakcernaan jika berlaku di luar kehamilan boleh menandakan kanser esofagus, tekak ataupun perut.
10. Perubahan pada bahagian mulut seperti terbentuknya tompok putih atau ulser yang sukar untuk hilang atau sembuh perlukan pemeriksaan dari doktor.
11. Rasa sakit yang berkekalan yang tiada punca perlukan juga pemeriksaan.
12. Perubahan pada kelenjar limfa terutamanya dicelah ketiak ataupun leher yang bertahan lebih dari sebulan perlukan perhatian doktor.
13. Demam tanpa sebab yang jelas juga memerlukan pemeriksaan kerana mungkin merupakan petanda kepada kanser darah seperti leukemia ataupun limfoma. Jika terdapat tanda seperti sakit kuning atau berlaku perubahan pada warna najis memerlukan pemeriksaan pakar.
14. Keletihan merupakan simptom yang kurang spesifik. Namun kalau berasa letih walaupun anda sudah mendapatkan tidur yang nyenyak agak dikhuatiri.
15. Batuk yang berpanjangan yang melebihi sebulan perlukan pemeriksaan X-ray.
Begitulah serba sedikit tanda-tanda yang membimbangkan yang memerlukan anda untuk mendapatkan pemeriksaan lanjutan. Namun saya nasihatkan anda supaya sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan yang lengkap sekurang-kurangnya setahun sekali. Ini lebih penting bagi mereka yang berusia 40 tahun ke atas.

Bagi membantu melengkapkan lagi penjagaan kesihatan anda, sememangnya saya syorkan untuk mengamalkan pemakanan kesihatan yang menyeluruh, maksudnya bukan sekadar vitamin. Dalam terapi nutrisi sel Gamat Emas, saya boleh syorkan anda untuk mengamalkan produk Gaya Hidup Emas bagi tujuan mencegah kanser dari berlaku. Antara produk yang saya maksudkan ialah:

1. Bioseed

Membantu mencuci usus bagi mengelakkan toksik dari usus dari diserap ke dalam darah. Gunakan sepaket sebelum sarapan pagi.

2. Pati Gamat Plus Vita

Membantu memulihkan sistem dalaman badan. Kajian awal juga menunjukkan ekstrak gamat mampu membunuh sesetengah jenis sel kanser. Syor 1 sudu besar sehari.

3. C3 Spirulina

Ia kaya dengan bahan antioksidan yang meneutralkan kesan radikal bebas yang boleh menyebabkan kanser. Bancuh dengan air dan minum sebagai air kegemaran anda 2x sehari.

4. Bio-H

Rangsangan bagi merembeskan HGH berupaya meningkat aktiviti sel pembunuh kanser. Campuran kolostrum juga membantu meningkat tahap imun anda. Gunakan sepaket sebelum tidur pada perut kosong.

0 Comments:

Post a Comment



  • Sembang-Sembang

    Google Search

    Terdapat ralat dalam alat ini

    Dictionary

    Life Quotes

  • Jam


    Get your own Digital Clock

    Kalendar

    Multi-platform Chat / IM client (IMO)

    Pengikut

    Terdapat ralat dalam alat ini
    Terdapat ralat dalam alat ini